Saturday, January 28, 2012

the next next novel for this week !

assalamualaikum dan selamat pagi !! weeehuuuuu!! update blog pepagi buta itu adalah bagusssss ;)


aku adalah seorang penggemar novel. tak kiralah novel tu novel Malaysia mahupun omputeh. apa-apa pon boleh. so, this week while i was finishing all my assign. the word ALL is refer to my the one and only assign yang macam tak mampu nak disiapkan. ini adalah first time aku gagal untuk selesaikan masalah yang memang khas untuk diri aku yang kerdil di sisi Allah SWT ini. aduhai, tak baik menyesali dugaan yang aku rasa tak berat sangat sebab ada insan lain kat luar sana lagi berat ujian dan dugaan yang Allah SWT bagi pada mereka. okeylah, aku memang ratu membebel non-stop ye. apa pon berokband dah semakin laju, jari pon ligat menari dekat keyboard nie ^__^''




this novel is kinda good. even the cover nampak macam animation sangat. ek ? ke aku yang tak reti nak beza kan animation or seni or what so ever...


macam biasa. gambar google je. so, memang blurrr ;)


tajuk : sayangku casper.
tajuk memang ouhsemmm sangat okey. sampai aku ingat si casper nie cartoon toyol dalam cerita cartoon kat tv.. demmmm =,=''

Sinopsis Sayangku Casper : Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

sorry babes and dude. malas betul nak taip.. sinopsis je cukup ye. tapi bagi aku, kisah percintaan Tengku Rafique with Tia Adila berlaku kat sini. the romantic place ever is here darling !


its Paris !!

semenjak dua menjak nie aku dah perasan yang kebanyakan novel yang aku baca nie sebenarnya banyak sangat watak-watak hero dan heroin nya yang handsome dan cantik sweet manis jelita gitu. aku pon tak paham kenapa. tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya bila imagine yang cantik dengan kacak nie semangat nak menghabiskan novel dalam masa satu hari amatlah menggalakkan.. wakaakaka... #beware, korang yang tengah tersengih-sengih tu pon memang macam aku jugak kan ? LOL.



the second novel.. Ributnya Cinta. not bad.. happy ending. sinopsis lagi ye. hehe







baik hati aku kali nie . meh nak cite sikit about this novel. edasha hanie dengan tengku esmael malik merupakan suatu karektor yang berbeza. iyelah memang la berbezakan, nama pon lain-lain. jantina pon jelas dah lain kan. lelaki nie merupakan seorang lelaki yang sukar nak lihat senyuman dari bibir nya. masam je muka macam cuka. *itu pandangan aku, aku pon tak penah tengok la pulak kan muka dia masam cemana.. 
yang perempuan nie pulak cucu kepada jutawan , iaitu datuk nye sendiri tapi dia hanya sembunyikan status dia. novel nie tebal. nak cerita semua memang aku tak larat. so, akhirnya mereka pon kahwin hidup bahgia ;)







watermelon juice yang dikaitkan dalam cerita nie, nampak macam sedap kan ? yummmy!!










hot chocolate , i guess so...







and the last one, semerah inai di jari... novel nie tak best. so aku malas nak cerita panjang-panjang :P


tajuk macam best tapi tak best ,



okey, sebagai penutup. majulah sukan untuk negara, oppps !!


gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 1:25 AM
Reactions: 
1 budak comell doakan mell sihat

Tuesday, January 24, 2012

a date with baby . . .

assalamualaikum and hye readers !


rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy Chinese New Year who those yang celebrate this festive. okey, hope u all happy enjoying the holidays and do not forget about others whose cant celebrate it. eh, ayat dah macam raya aidilfitri sendiri pulak. #pengsan





so far holiday selama seminggu nie aku stay rumah angah pulak.. ekekeke, menjadi baby sitter for a whole week. yes, memang seronok sangat sebenarnya ye adik-adik, kakak-kakak bila kita nie menjaga baby yang kecik comell comell tu.. gebu-gebu.. tapi berganda seronok bila assign pon banyak. dan yang tajuk nya macam hampeh.. adehh la.. bezakan dan samakan funsi perbadanan dengan kementerian pon aku tak pass memang sadiss sangat rasanya bila seorang rakyat malaysia tak tahu nak menjawab tajuk yang dipilih nya sendiri. memang rasa nak terbungkang okey. zero!
#tapi takde la sampai zero sangat tak tahu, satu dua jugaklah yang aku tahu. tapi yang satu dua tu dia tak nak pakai ! nak jugak sampai sepoloh lebih. haaaa mau berjanggut aku yang tak berjanggut nie.. okey nanti kalau dah berjanggut aku upload sikit kasik korang nengok :P




malas dah nak bercerita tentang assign yang memeningkan kepala tu. let me begin the story about my life during this holidays. refer to the title pleaseee.. a date with baby hmppp, baby nie la.. anak sedara yang baru tiga bulan nie...



his new hairdo !!

enjoying himself while listen to me singing papa ku pulang dari kota song's. haha, dia layan kan je maklang dia nie menyanyi even my voice was suck. wakaka !







arif while watching tv.




 
 Nona magazine its not means dat he read it ;)

sebenarnya jaga baby nie seronok sangat. mandikan, bedakkan, pakai kan baju comell comell.. capture pictures buat kenang-kenangan dekat diri sendiri. simpan dekat album.. so i think am ready to be a mommy...wakakaka. im serious okey. #nampak muka i serious tak nie haaa @___@


--> sila doakan i can get a beautiful baby, sihat, bijak cerdik macam mommy dia nie.. muehehehe.. soon okey.. bukan nak sekarang.. so young ^__^''




this is all for today... btw, seronok tengok Elly Iskandar dah mengakhiri zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati dia kan. cantik sangat. Farah Lee nama nya... sama cantik sama padan.. :)
semoga kekal hingga ke akhir hayat ... ;')







gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 3:05 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Friday, January 20, 2012

Sepetang Bersama Sahabat ;)

hye assalamualaikum..

selamat petang semuanya !! petang nie hari mendung je. dan tadi dah pon hujan. since emak ke Putrajaya menjemput along. aku pulak stay rumah sambil tunggu abang ipar yang seorang lagi datang jemput aku. hehe. mood bercuti pleasee ;)





so, aku dengan muka tak malu nya ajak kawan dari kecik nie haa yang dekat umah nie teman kan aku. bukannya aku penakut sangat. tapi aku bosan pulak nak duduk rumah sensorang. bosan pulak.. dan tadi pon aku dengan dia bosan-bosan, on laptop lepas tu cari movie nak tengok sama-sama. tiba-tiba aku tengok tajuk drama korea nie. tajuk terpaksa dirahsiakan. tajuk nie bahaya sikit. ekekeke...
*apahal la semenjak dua menjak nie aku boleh terikut-ikut nengok cerita korea nie.. hmpp hmppp...





KADANG-KADANG ORANG CAKAP PENGARUH KAWAN TU HEBAT DALAM KEHIDUPAN KITA KAN. HAHA! DIA NIE LA YANG PENGARUH AKU. MEMANG KELAKAR OKEY.





selama sembilan belas tahun nie boleh kira berapa je cerita Korea yang aku tengok. haha. tiga pon tak sampai aku rasa sebab aku tak minat. so far aku rasa pon aku tak minat , cuma mengisi waktu lapang. nanti bila dia dah balik UMK tinggal la aku tak tengok-tengok dah. wakakaka. #sadiss







malas nak cakap banyak. tengok je la gambar nie okey ;)
*kalau dah tengok tu jangan sampai tersedak tersembur air pulak sebab petang-petang nie mana tahu korang tengah syok syok minum kopi. mueheheh!!
















--> okey lah. selamat bercuti ;)


gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:06 PM
Reactions: 
1 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, January 18, 2012

Novel Minggu Ini

hye assalamualaikum. . .



just a short entry kot. ini mungkin cuma rancangan. tak tahu la pulak bila dah ralit menaip nie nanti panjang berjela kena scroll sampai bawah. bajet ada readers je aku nie. muehehee :)




tengok pada title pon novel. kenapa novel ? sebab aku peminat setia novel ? ye ye je aku nie. seriously, memang aku merupakan salah seorang peminat novel. tak kira la yang local mahupun yang luar negara. aku belasah je. kalau orang lain cakap novel ini tak membina, tak jugak okey. yang tak membina tu apasal korang pi baca novel yang bahasa pon lintang pukang kan. baca lah struktur bahasanya yang tersusun dan takde rojak-rojak. tak kisah la rojak buah ke, rojak entah apa-apa rojak lah aku pon tak nak ambik tahu haaa...






tajuk : Aku Bukan Mistress.  theeeheee~ cover dia comel alololo sangat okey.




novel ini best. tentang Mya dengan Mikail. entah la kan, dalam cerita nie konon nye diorang berdua sangat sepadan, secocok sangat. katanya dua dua sama cantik sama padan. si Mikail nie handsome gilerr. entah la ye ke tak kan. tapi jalan cerita yang best dan seronok :)  ini aku jumpa link blog penulis dia. boleh klik sini. rupanya banyak lagi novel yaang dia tengah karang, hebatt !!





gambar credit to Google walaupunn blurrr :)





tajuk : Episod Cinta. memang episod sangat lah kan. boleh tahan best jugak. tapi almaklumlah baca dalam keadaan yang tak sihat. memang baca main langkah-langkah je, bila jumpa part yang tak best aku lari. weeeee~
cerita cinta antara Aira Hanna dengan Hareez Riffqal. kononnya hero dalam novel ni si Hareez nie kacak sangat. so aku pon proceed je la baca. not bad. seronok jugak :)






klasik cover dia. merah okeyy :)





tajuk : Doktor Cinta. watak utama dia Mazliana dengan Tengku Iskandar. katanya Tengku Iskandar nie kacak jugak. dah nama pon perempuan, bila tahu je handsome mesti gigih nak baca, hehe. not bad. tapi novel dia tebal sangat. so, lenguh tangan la nak pegang lama-lama.. weeee :)



okeylah sampai sini je. stop dulu k. dah janji dah tadi entry pendek je kan. selamat malam !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:56 PM
Reactions: 
4 budak comell doakan mell sihat

Tuesday, January 17, 2012

cinta itu bahgia, bukan terseksa .

assalamualaikum. hye korang. tengah buat assignment ke ? assignment aku sekejap lagi nak sambung. weeeee~
sihat tak ? makan malam dah ? iron baju dah ? mandi mesti belum kan ? ek =,=''



entah kenapa malam nie memang rasa nak letak title entry macam tu. aku suka dengan frasa yang aku buat tu. umum dah tahu sememangnya manusia yang mendambakan cinta itu sangat menginginkan cinta yang benar-benar membahgiakan. baik sebelah pihak mahupun kedua-dua belah pihak. tapi yang paling aku tak suka bila ada pasangan kekasih yang hanya mampu memberikan penyiksaan kepada pasangan masing-masing. apasal nie ? janji dulu sebelum couple bukan main berjanji susah senang dikongsi bersama, cubit peha kanan awak, peha kiri saya pulak yang rasa, hidup mati biarlah bersama supaya nanti masing-masing tak meratapi kematian siapa-siapa kan ?



cakap awal-awal aku memang tak berkenan spesis macam ini. menyusahkan diri, jiwa, sanubari dan macam-macam lagi. lagi tambah masalah siap tambah mak ayah masuk sekali. hello bro! tak cukup kau menyusahkan kekasih kau ini kau pulak nak tambah menyusahkan wanita yang melahirkan kekasih hati yang sangat kau puja tu dan bapa kekasih kau tu. tolong lah ye lelaki. macam mana lah wanita nak hormatkan kalian kalau kalian sendiri bertindak mengikut kepala lutut kalian sahaja. be matured okey. nak jadi keluarga kena la think positive, not emosional ini tak. emosi mengalahkan kaum perempuan tipa-tiap bulan. sekali lagi entah, entry aku kali ini menyentuh sensitiviti sedikit. maaf. 





kisah ini bukan terjadi dekat diri aku yang serba kekurangan nie, malah takde lelaki pon nak  kan aku macam   nie. eh ? rendah diri nye aku.* bagus, itu satu tuntutan. weee wwweee ;P





kesian melihat dia yang saban hari semakin buntu memikirkan soal kehidupannya di kemudian hari. bayangan kekasih lama dia masih mengekori setiap kali dia cuba melarikan diri. 'dia' yang aku maksudkan bukanlah telah melakukan kesalahan yang berat sehingga wajar di hukum sebegitu rupa. walhal sepatutnya jalan cerita ini tak sepatutnya terjadi. ianya seolah-olah memutuskan semangat dia. ( sekali lagi diingatkan, 'dia' yang dimaksudkan bukanlah tuan punya blog ini howwkeyhh )





siapa dia gerangan lelaki ini ? pemburu binatang liar di hutan kah ? peragut bersiri kah ? penyanyi di kali lima kah ? atau kenalan rapatnya kah ? memang dia kenal dengan lelaki ini pada sebelum ini. macam yang dah aku cakap kan tadi. malas dah nak ulang, tapi kena ulang jugak. berjanji bagai. cinta sesejuk peti ais. sepanas air kopi untuk dihidang kepada nenek. hebat bukan janji mereka ? tapi malang. manusia memang hebat dalam hal berjanji-janji nie. tapi memungkiri janji paling hebattt. tanpa kita sedar pon ianya boleh terjadi. meh nak share  sikit, " orang yang memungkiri janji ini adalah ciri-ciri orang munafik"... takut kan ? haaaa, mintak dijauhkan :)





berbalik kepada kisah tadi, lelaki yang dimaksudkan ini boleh diibaratkan macam dah ludah jilat balik. kalau dengar pon macam geli. baca lagilah. buat lagi la kan. haaaaa. memang tak sanggup makkk~
pesanan buat lelaki, sekali kalian dah maki kekasih korang, cakap bukan-bukan, buang diorang macam sampah alam flora. jangan ingat diorang nak kutip korang balik. even kalian betul-betul insaf tapi tak mungkin parut di hati wanita tu akan hilang. hati wanita nie lembut tahu. alahh, korang tahu tapi berlagak macam tak tahu lepas tu merayu melutut banyak kali pura-pura memang tak tahu. angin !




heyy, tak baik macam tu. jangan ingat lelaki je boleh ego. wanita pon ada. sila lah sama-sama saling menghormati. kalau kalian paksa dia untuk berbalik semula tapi hati dia dah kosong. kahwin pon takkan bahgia. dapat anak pon belum tentu lagi lah kan. manusia nie konon je tak suka, benci , tak sefahaman tapi tupp tupp sepuluh anak haaa. ingat kan boleh beebaik lepas tu tapi. kirim salam !




tak rugi pon kalau sama-sama menghormati. benda yang lepas jangan dikenang. orang dah tak suka jangan jadi perigi cari timba. tak best okey. kalau kawin pon mesti tak romantic macam edward dengan bella sebab masing-masing masam muka. dan yang penting bila orang dah taknak tu jangan guna kekerasan. lagi la dia menyampah, nak terima balik pon rasa macam sampah tahu. nak anak patung pon mintak baik-baik tau. inikan pulak anak manusia. tolong la bertindak macam korang tu berpelajaran walaupun korang Bm dulu separas hidung je kan.






p/s : kawan makan kawan dah biasa. kawan tinggalkan kawan untuk berjaya pon dah biasa. kawan makan cendawan dengan kawan je belom lagi :P





gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 10:08 PM
Reactions: 
4 budak comell doakan mell sihat

Saturday, January 14, 2012

blog berwajah baru !!

assalamualaikum and hye :)

sengaja nak update entry petang-petang yang hening nie. tengok title entry tu, "blog berwajah baru". . . mana wajahnya ? blog ada wajah? jelita ke? comell ke atau apa ? eh apa aku mengarut sangat nie. ehehe...




okey back to the story.. sebelum nie blog aku nie, aku je yang buat sendiri. hias sendiri. pendek kata semua sendiri sampai satu masa tu tangan aku nie gatal sangat pergi klik benda tak sepatutnya klik. haaa, lepas tu pulak dah bertukar jadi lain langsung tak reti nak ubah balik. lagi parah. aku pon naik stress. rasa nak buat blog lain je. senang cerita tak payah nak pening-pening kepala nak ubah bagi elok balik.





dan aku pon meluahkan kesedihan aku terhadap blog aku nie dengan rasa macam blog aku nie dah takde harapan nak berubah jadi macam dulu sedia kala. aku meluahkan di status facebook aku. *sorry la aku malas nak print screen.
ada banyak feedback. semua memberi kata-kata semangat. ececeh. aku memang down sangat masa tu tahu. macam kehilangan beruang panda yang dibela sejak berpuluh tahun yang dulu. okey aku sedar over sangat dah. muahaha !!


dan pada masa yang sama ada sorang member facebook dan blogger aku nie cik eka kenalkan pada designer nie. so ini la hasilnya. nak cepat sangat pon tak boleh jugak sebab dia nie student lagi :)




                                        ini yang mula-mula dia draft untuk aku.. 






pendek kata aku berpuas hati dengan design dia. harga pon okey. so kalau korang nak design cantik-cantik boleh tempah dekat syafeika edora okey. bagitahu je nak rupa macam mana okey. insyaAllah dia akan realisasikan impian korang tu.. okey ;)


gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:52 PM
Reactions: 
3 budak comell doakan mell sihat

Thursday, January 12, 2012

title entry tak macam entry :P

hye assalamualaikum dearest.



tengah buat apa ? dekat sini sekarang tengah hujan. kalau tak silap since dari tengah hari tadi lagi. aku balik tadi pon dalam keadaan hujan. payung apa pon tak bawak. redah je la. sebab tadi takde lebat sangat hujannya. macam renyai-renyai je. 





actually tengah bosan betul nie. tak tahu apa lah nak buat. mencari idea-idea untuk mengarang esei sebanyak empat ke lima muka surat. baik kan aku ? sila muntah. sebenarnya essei yang aku dapat memang la senang sangat. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN LAMAN SOSIAL FACEBOOK KEPADA REMAJA. haaa, masa aku dapat je tajuk essei nie pejam mata sambil tersenyum je. macam kacang cap tangan tu aku rasa. senang sangat. HAHA. aku memang rasa nak gelak besar. tapi aku memang dah gelak besar pon. senang sangat kan tajuk essei tu. so sesape yang rasa nak share pendapat dan pandangan atau segala permasalahan boleh la tinggal kan komen kat bawah entry aku nie haaaa !!






tapi sila lah pastikan yang memberangsangkan pembaca ek. *nie bukan sebab aku malas nak fikir ataupon apa-apa lah yang korang fikir. aku rasa nak tulis je nie okey*
sebenarnya banyak sangat keburukan dan kebaikan FACEBOOK kepada remaja, sebenarnya bukan pada remaja je aku rasa. semua golongan masyarakat pon boleh. tambah-tambah pulak dengan masalah baru-baru ini yang gah tersebar pasal gambar-gambar porno nie. aku pon pernah terkena. dengan penuh rasa sukacitanya aku pon selamberrr badak je maki owner Facebook tu haa. mana lah aku tahu, ingat dia memang sengaja ke kan. aku pon lurus sangat haaa kan. tapi nasib baik dia mintak maaf kat aku. kalau tak lagi marah nie. *nampak? kat situ pon dah boleh jadi titik mula pergaduhan yang tak baik kan kan kan ?*





hmmp , itu je lah kot setakat ini. aku baru tukar lagu dekat blog aku nie. aku suka pulak lagu nie macam main ugut-ugut je kan, ekekee. hmmp, 




rasa macam nak letak in relationship lah dekat Fb, tapi ini ke masanya ?





gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:34 PM
Reactions: 
1 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, January 11, 2012

MC . . .

assalamualaikum. .



lama nya tak update blog. eh ? lama tu tak jugak la kan. since tak sihat nie. hmmpp... korang tengah buat apa? selepas pergi klinik semalam check demam , makan ubat alhamdulillah beransur sihat. and mujur lah tak kena denggi. alhamdulillah again. i thought kena denggi, sebab along kena denggi jugak. adehh sadis betul.

semalam pergi klinik. ayah yang hantarkan, pagi-pagi lagi dah bersiap pergi. dengan harapan tak banyak la patient kan. sebab tak larat la nak melangut je tunggu number giliran naik. so, masuk-masuk je. masyaAllah punya la ramai orang. the hypotesis i got. masih ramai lagi rakyat Malaysia yang suka bangun pagi. ekekee... weeeweeeweee~~ tak tahu la sebab sakit ataupon terpaksa. siapa tahu kan ? tak kuasa nak memikir nya. kepala pon memang sedia pusing !

ambik je number giliran macam biasa tunggu number naik. sekejap je tak lama. sebab bilik ada banyak kan. aku dengan along punya number giliran , lepas dia , number aku pulak, tapi yang kesiannya aku yang dapat masuk jumpa doctor dulu. takpe laaa along tunggu je laaa ye. harap bersabar.

situasi dalam bilik doctor :

expectation aku tinggi sangat pada mulanya. aku begitu mengharapkan seorang doctor yang melayan aku seorang yang handsome ( sekiranya lelaki ) ala-ala budak lelaki sebelah pintu dan seorang yang cantik dan lemah lembut ( bagi perempuan ) ala-ala fatin liyana. sekali aku masuk lain daaa....




ini cuma gambar hiasan. aku takde la comell macam ini :/


bila aku masuk je dalam bilik tu. doctor tu lelaki. okeyla. not bad. ramah la kan. tapi ramah sangat la pulak. sampai rasa nak picit-picit je hidung dia. he asked me. aku sakit apa? of course i said am flu. dengan kepandaian yang aku ada. aku pon sesuka hati mintak dia check darah aku. dengan rela hati. almaklumlah aku sememangnya takut untuk kena denggi sekali lagi. taknak dah aku stay hospital seminggu gara-gara denggi. tidur pon dalam kelambu. macam pengantin je kau tahu ?



seramm !

yang aku paling tak tahannya doctor tu boleh guli-gulikan aku pulak. sukati je dia picit-picit lengan aku. apa ingat aku anak patung ke apa. adehh. geram betul. katanya tak jumpa salur darah. pastu main gelak-gelak. geram-geram. bosan betul. aku la patient dia paling lama dalam tu. takpe-takpe. ada ubi ada batas ye doctor >---<''


so, dipendekkan kisah nya, aku dapat mc dua hari. esok g la kelas macam biasa. okeyla,. jaga kesihatan k. jangan main hujan :P

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 12:17 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, January 7, 2012

rasa nak tumbang :(

assalamualaikum dan selamat malam. . .



malam nie saje buat entry pendek. tekak sakit. kepala pening macam berpusing-pusing naik roller coster. kepala sakit macam-macam lagi. aku tahu apa puncanya. berjalan dalam panas dengan berpayungkan guna payung macam tak berpayung. payung warna putih silver sekali macam takde kalis cahaya matahari. adehh.. bajet nak berdikari. nah ini makan nya.


lama dah tak demam. jadi terjelepok je lah atas katil ye. tidur dalam aircond malam tadi gigil-gil keluar lari masuk dalam bilik lain. langsung tak pasang kipas sampai pagi. sadiss sangat rasanya.


lagi tak boleh nak terima kenyataan pulak. sign in Facebook tak boleh pulak nak guna macam biasa. boleh bukak wall, pastu home. wall pastu home. macam tak berfungsi pulak Facebook tu. kenapa ek ? baru dua hari tak login dah mental pulak. nak marah pon tak boleh jugak. bukannya dia ada perasaan pon. tapi memang la tak puas hati. ke Pc aku nie ada masalah ek ? tapi hari sebelum-sebelum nie okey je ? pening betul fikir balik. ke korang pon mengalami masalah yang sama dengan Facebook aku nie ? ataupon sebab sistem down ? almaklumlah kan malam nie ada perlawanan bola sepak Kelantan Vs N.Sembilan ?



kalau Facebook korang mengalami masalah yang sama. sila lah ditinggalkan apa-apa komen mahupon sms ye ? supaya aku boleh menyedapkan hati aku nie. eh ? aku betul-betul sirious nie :(



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 10:19 PM
Reactions: 
2 budak comell doakan mell sihat

Thursday, January 5, 2012

sahabat . .

assalamualaikum and hye. . .


sesungguhnya malam nie. ketika ini. disaat ini. memang blurr tak tahu nak post entry tentang apa. aku baru tukar je lagu blog aku nie. memang aku suka instrumental music kot. haritu pon letak lagu slow je. nama je lagu aku panggil. tapi sebenarnya sepatah haram suara penyanyi pon sebab aku memang chose yang takde suara. entry dah la tah pape tah kan. pastu nanti tambah  dengan keserabutan lagu langsung kau orang mengata aku. eh ? tak eh? kan kan kan ?



back to the story. tajuk entry pon sahabat kan. sahabat. ye sahabat la. kawan tu. yang boleh ajak sahabat pergi mana-mana, share makanan sama-sama. tidur sama-sama. mak dia dan mak kita pon macam sama sebab rapat sangat kan, anak sedara dia kira anak sedara kita. anak sedara kita macam anak sedara dia. dia makan keju kita tak makan keju pon masih dianggap sahabat ye. aku tahu korang mesti banyak sangat cerita yang nak dibebelkan bila sebut je pasal sahabat. ianya ibarat masakan yang cukup rasa. semua rasa ada. manis, pahit, suka, duka macam-macam ada. macam astro okey. tapi paling best astro cuma tahu promote ''macam-macam ada''  tapi astro takde sahabat macam kita ada sahabat yang boleh bertepuk tampar kan. pukul sana sini. dan cubit lengan sampai biru. eh ? *aku la tuuuu*




sepanjang bernafas di muka bumi Allah yang maha penuh cabaran dan dugaan ini. selama sembilan belas tahun ini. selama masih mempunyai kelas-kelas untuk dihadiri. sahabat adalah salah satu aset penting dalam kehidupan kita ini. entah la kan ek. aku kalau pergi kelas takde sahabat mahupon tempat bercanda mesra. hatta mengumpat sekalipon rasa macam feel tu hilang je. yelah tak semua orang boleh get along dengan kita. dan tak semua orang boleh faham kita. boleh layan kerenah kita nak itu ini. nak pinjam pen mahupun nak pinjam test pad kan. tak semua boleh terima apa yang kita buat. semua dah sedia maklum orang sekarang nie kau jangan cakap la kan, salah sikit je mula nak gelak. salah sikit je mula la ''boooo'' bukan main, macam lah kau tu tak buat salah ek ? tak paham dengan perangai manusia. mana ada manusia yang perfect sangat sangat sangat. nak cari yang perfect pon susah. tapi tak salah kalau kita tingkatkan kualiti pada diri sendiri supaya menjadi lebih baik ? memang dituntut supaya berhijrah kearah kebaikan kan ? *hah banyak sangat aku potpetpotpet*





sama lah macam orang lain, sama macam korang jugak. aku pon ada sahabat jugak. sahabat baik aku. disebabkan sentiasa bersama. kitorang pernah dilabel sebagai lesbian. okey aku faham kau orang jeles sangat dengan aku dan dia bersama.*sila faham bersama tidak membawa apa-apa makna yang tersirat ye*
masa tu aku kira masih lagi mentah usia kitorang, memang so kids sangat la kan. tapi masa tu aku rasa aku dan dia sahabat perempuan aku nie kitorang je yang tak macam budak-budak. masa tu dalam form 3 ke form 2 ek. entah la lama dah kott. masing-masing lepas tu pindah sekolah tak kuasaaa makk nak layan kau orang nokk.. yang paling kelakar aku rasa bila ada student yang pi report dekat HEM. ececehh HEM pon terus panggil buat siasatan. apa kau ingat mak ayah kitorang tak ajar la ek ? dan waktu tu pon masing-masing ada boifren okey. memang tak paham apahal boleh kena label as lesbian. aku yang dengar masa tu pon rasa macam grr tak ada otak nak pikir ke apa hah ?




bila dah jadi macam tu. maka bertambahlah lah rapat hubungan family-family kotorang nie ibarat kedua-dua belah pihak mempertahankan hak masing-masing. *okey kisah memang macam tanah melayu nak mempertahankan hak nya okey*
so bila naik form 4 aku dan dia pon bertukar sekolah. rasa tak sanggup dah nak stay kat situ. macam gua batu niah kau tahu ? apa yang korang buat akan diperhatikan dan akan disoal dengan berjuta soalan. kalau soalan exam boleh la jugak aku nak jawab. ini berdepan dengan manusia yang maha punya banyak akal boleh mengolah pelbagai kenyataan dan fakta yang ada. aku malas. and last aku tukar sekolah SMK macam biasa dia tu pulak tukar pergi teknik. tapi jangan risau Allah itu Maha Adil lagi bijaksana. kitorang tetap contact macam biasa. dan rupanya semakin bertambah rapat. sampai lah ke sekarang. dari sekolah rendah lagi berkawan. sehingga lah ke tahap ini. masing-masing dah ada haluan sendiri. cuma sekarang masing-masing jauh.. tapi masih ingat lagi susah senang bersama, itulah sahabat baik. macam mana pon dugaan tu datang.kena tepis. jangan mengalah :)




so far, dah lama jugak la dia tak datang tidur rumah aku. busy dengan kelas dia yangperlu di attend supaya markah nya tak ditolak kan. dan aku jugak sama. busy dengan kelas aku. bangun awal pagi dan sebagainya. eh termasuk sekali ye ?




nasihat aku yang macam mak nenek bagi petua nie. Masing-masing kena hormati diri sesama sendiri okey. Jangan bila dah senang masing-masing macam kacang lupakan kulit. Tak baik macam tu okey. Orang tak suka, Allah lagi tak suka. Sekian wassalam :)



---> dia takde blog. takboleh la aku letak link blog dia. ekekeke :)






gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:22 PM
Reactions: 
4 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, January 4, 2012

anak saudara tersayang !!

assalamualaikum . . .


hari nie hari yang memenatkan. sampai mak ajak keluar temankan dia pon tak larat. rasa macam nak terjelupok je atas katil. lenguh-lenguh je rasa badan.macam baru lepas mendaki gunung everest. menyelam ke dasar lautan mencari kapal Titanic =,=' hover ek ?







malam tadi angah bawak balik Arif anak sedara tersayang. lepas je angah habis berpantang kat rumah mak terus dia balik rumah dia. dan aku pon stay rumah along almost one month. arif nie anak sedara number dua. yang pertama dah sekolah pon umur lima tahun. boy jugak :)



 pejam celik pejam celik darab tambah bahagi. Arif sekarang dah nak masuk empat bulan. cepat betul masa tu berjalan. tapi mujurlah tak nampak masa berjalan kan. kalau tak nampak mesti semua orang dah lari lintang pukang ketakutan. ekeke. dan kalau semua orang boleh nampak masa tu berjalan sudah semestinya lah kan dah takde dah masalah lepak-melepak di kalangan remaja kat tepi-tepi kaki lima. eh ada ke kat kaki lima. ada klas ke ? :P





Arif dah mula pandai gelak sampai tak berhenti. seronok sangat. bila tengok anak bijak pandai mesti hilang rasa sakit waktu bersalin kan. "eh, ruangan kaum ibu-ibu ke apahal nie ?"
seronok ! tak sabar nak ada baby sendiri !!








tengok dia gelak ketawa macam tu dah cair tahu ? :))














he pretend to be more serious. tapi tak jadi lepas snap je dia gelak !













geram !!











he showing his dimple ! dimple pon ada. memang macam maklang :)







okey sampai sini je dulu. nanti dia balik sini lagi aku snap sampai termuntah-muntah okey!  enjoy your day guys !













gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:35 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Tuesday, January 3, 2012

rezeki . . .

assalamualaikum dan selamat petang dear readers !



tengah tea time ke korang ? eh lupa cakap hye ! eh hye !! alhamdulillah dah sampai pahang. dan esok kelas dah nak bermula. am get ready ke ? hehe. mungkin malam nanti tidur nyenyak-nyenyak bangun pagi mesti bersemangat. eh nie bukan tak bersedia lagi. tak bersedia apa nya barang semua dah beli. *hah ayat dah macam nak pergi picnic =,=''







sesampainya aku di rumah yang tercinta 'rumahku syurgaku' ini. angkat-angkat beg pakaian yang aku bawa untuk menjadi penghuni di rumah along dekat Putrajaya selama sebulan yang lepas dikemas. malas la nak simpan perasaan malas tu  eh apasal perkataan MALAS tu aku ulang sampai banyak kali. bila kelas dah start aku lagi berganda malas. haha.







ada cerita sedih dan gembira. tapi aku lebih suka untuk menceritakan yang gembira dahulu. tadi login facebook. lepas tu dekat wall ada page ini tag picture. alhamdulillah. good news again. menang lagi dalam contest yang aku join dalam sebulan jugaklah ianya berlangsung. *jangan ingat aku gebang lebih ek. just wanna share je. tak suka jangan baca entry nie. wakaka :P












*cantikkan kan dia edit. macam calender je :)






btw. thx to all voters yang sudi vote untuk mell. big big big thx sebab tolong vote. thx again. may Allah bless you all okey :)




berita sedih nye pulak. second accound facebook aku dah tak boleh nak login. senget nye. kalau la facebook tu ada perasaan dan touchable. seriously aku bagi makan kaki gajah. hah boleh ? berapa kali dah asyik nak spam kan aku. aku pam kau masuk loji air baru tahu ! 






okey la. have a nice day. and enjoy your day with your loves one. sayangi ibu ayah anda selagi mereka masih menghirup udara yang segar dan bagi yang telah pergi. doakan buat kesejahteraan mereka okey. tanpa ibubapa siapalah kita. *eh macam pesanan khidmat masyarakat  :'')






gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:32 PM
Reactions: 
4 budak comell doakan mell sihat

Monday, January 2, 2012

entry sedih. sob sob :(

assalamualaikum and hye again !



tiba-tiba rasa sedih dan sayu je. esok nak balik Pahang dah. okey baibai Putrajaya. meet you soonn ! insyaAllah kalau dipanjangkan umur sampai lagi rumah kakak aku yang sulung nie. hehe. kenapa pulak kan malam nie angin tah ape-ape. rajin pulak update entry sampai tak berhenti. hah ambik  ! tak reti nak stop dah. ekeke :)



kelas dah nak start sangat dah. tapi hati macam tak mau je pi kelas. tapi dah beli kasut baru. so, hati jadi memang tak sabar-sabar nak ke kelas. jadi benarlah kata orang, bila dah rasa malas sangat tu. cuba beli sesuatu yang berkaitan dengan agenda yang malas tu. such as begs, lipbalm, eyeliner, shoes and etc. mesti automatic jadi rajin kan ? sebab nak ke kelas pakai sesuatu yang baru. mesti hati berkobar-kobar je. wahh ! seriously aku pon sekarang berada di tahap yang sama. *eh apasal pulak title untuk entry aku kali nie bunyi macam sedih-sedih. tapi bila taip boleh ada senda gurauan gelak ketawa pulak. haha !
kena la bagi happy sikit. lagu blog dah sedih. sila jangan tambahkan linangan air mata ku !




cukup cute miut kan wajah kesedihan aku nie ? hmmp hmmp :P








eh muka dengan senyuman ? entry sedih lagi ke nie ?







itu gambar semalam. muka aku memang ala-ala bajet , haha. sekian.


gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:06 PM
Reactions: 
6 budak comell doakan mell sihat

premium beautiful corset !!

assalamualaikum :)


hey ! its PREMIUM BEAUTIFUL CORSET time guys ! :)  wanna know more story about this ? lets scroll down okey :) *baca tau, lepas tu korang memang tak kan menyesal haa...*  sekarang pon harga tengah offer !







for the mukadimah nye. ini lah corset yang akan mell potpet potpet sampai ke bawah sekejap lagi :)




nak bentuk badan yang cantik dan langsing ? PREMIUM BEAUTIFUL CORSET nie jawapannya.  ianya pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi fir ( FAR INFRARED RAYS ).



KEISTIMEWAAN F.I.R ( FAR INFRARED RAYS )

1. membetulkan aliran darah dalam tubuh badan.
2. meningkatkan kadar metabolisma.
3. memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan.
4. mengelakkan pertumbuhan bakteria.
5. mengeluarkan peluh asid.
6. menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
7. mengekalkan kesegaran badan.
8. menghilangkan bau badan.
9. menghalang sel kanser dalam badan.
10. membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.
11. menghilangkan kulat dan fungus.



CIRI-CIRI :

1. superbrands.
2. lifetime warranty.
3. teknologi dari Jepun , US , Jerman dan Taiwan.
4. pengiktirafan Persatuan Pakar Chiropractor America.
5. fabrik Akwatek & Akwadyne. 
6. direkabentuk untuk 70% kesihatan & 30% kecantikan.



INFO PRODUK :

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET nie ada tiga sekali. kira kalau beli nie satu set dapat tiga jenis nie.
* long bra
* waist nipper
* long girdle

--> keistimewaan setiap tiga-tiga jenis tu ada banyak. so kalau nak tahu lebih lanjut dan berminat boleh contact dengan owner dia , boleh klik sini.






mesti cuba tau. sebab memang mell sendiri dah tengok kemujaraban nye. along mell sendiri pakai nie. memang body dia cantik sangat. 
okey jom scroll bawah lagi tengok gambar-gambar sebagai testimoni untuk korang tengok. lepas nie boleh cuba tau :)




ini salah sorang customer yang cuba pakai nia. alhamdulillah tengok la dia sekarang. dari pakai corset saiz yang paling besar dan sekarang pakai yang oaling kecik tau. hebat kan ? korang pon boleh jadi macam dia jugak :)




tengok ? seronok kan ? cuba la. jangan lepas kan peluang nie. grab it now ! 





kat sini mell tinggalkan number fon, email adress dengan facebook owner dia. apa-apa hal boleh contact dia ! buat masa nie, corset nie memang sangat laris di pasaran !!  come on girls outside. make your dream comes true ! 




Rynn
0122900084
iamrynn@hotmail.com
FACEBOOK : iamrynnshop




gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 10:07 PM
Reactions: 
2 budak comell doakan mell sihat

happy new year !!

assalamualaikum and hye readers !

comell kan calender nie? google je dah jumpa !




mesti tengah tidur kan korang semua? aku tak mengantok lagi. hehe. jadi burung hantu tengah-tengah malam. takpon aku jadi security guard. heehee !
its 2012 already. and wishing yau selamat tahun baru dan selamat meng'list'kan azam-azam tahun baru korang untuk tahun 2012 nie. how about me ? azam aku ? hmmpp, cukuplah sekadar aku menjadi insan yang kuat dan tabah serta mampu menjalani kehidupan yang sentiasa diredhai Allah SWT. and the most important tolong doakan aku supaya dapat keputusan yang cemerlang okey. this is my final year kalau nak berjuang pon.*ayat pasrah ke nie ? *



apa azam dan matlamat korang pulak ? still the same azam or what ? mesti azam korang last year dah tercapai kan. alhamdulillah bagus la kalau macam tu :)



haa.. tadi pukul 2 petang lebih-lebih sikit aku pon capai la laptop sign in kat Facebook. and know something. aku menang tempat pertama dalam contest tudung yang aku join nie. almost one month jugak la contest nie berlangsung. alhamdulillah. bagi kawan-kawan yang dekat Facebook susah payah luangkan masa klik like dekat picture aku tu seriously big thanx sangat. kalau tak sebab korang memang tak berdiri la aku kat sini. ececeh dah macam menang lari marathon  pulak tu. okey kalau nak tengok keputusan tu boleh klik sini. dan korang kalau malas nak klik situ pon aku upload jugak picture tu kejap lagi naaa.. yang mana ada Facebook boleh la nak like fanpage dia klik sini. shawl dia cantik-cantik boleh shopping kat sana k ! :)


nampak tak owner blog nie tersengih-sengih tersenyum senyum ?


heh meh nak tempek gambar owner blog kejap. huahua !




ini result dia. ececeh memang ngade-ngade sangat =,=''





lagi tambah menanbahkan kegimbiraan dalam terharu. kawan baik aku yang sorang nie update blog dia tulis entry pasal aku, alaaa.. seriously terharu sangat. nak baca? boleh klik sini. thx okey. aku pon sayang kau tahu ? meh sini nak peluk cium sampai lemas. heh? boleh ? *sila jangan jatuh pengsan ke lantai =,=''




ini la bestie aku. kitorang nie luar dalam pon share sama-sama tahu ! haha



rasa malas nak taip sangat dah. haha. okeylah bye bye korang ! happy new year :)



*tadi 'dia' wish something dekat aku. even pendek sebaris je dia text aku. tapi aku nak bagi tahu ianya bermakna buat aku even pendek cenonet je kau tahu ? sorry cant reply it. credit expired :(

















gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 4:15 AM
Reactions: 
3 budak comell doakan mell sihat

Sunday, January 1, 2012

tahun baru

assalamualaikum . . .




wishing you guys happy new year ! tak terlambat lagi kot rasa nya nie. tak berkesempatan lagi nak buat entry baru. macam biasa lah owner blog nie memang bajet busy jekk. ekekeke. korang sambut new year dekat mana ? aku macam biasa lah kan. boifrend pon takde  ! so sambut dengan family je dekat rumah. lebih afdal kot.  *macam budak baik kan !    tapi takde gaya sambut pon. muka masing-masing macam takde perasaan. yang aku dengar suara anak jiran dok pakat menyanyi lagu 1Malaysia. hehe. kuat pulak tu dah macam lagu Negaraku :)




SELAMAT DATANG TAHUN 2012. plis be nice to me :)






sepanjang tahun 2011 yang baru je beberapa jam meninggalkan kita semua nie. i had a good day and tak ketinggalan jugak worst day. actually aku tak tahu la sama ada aku punya azam tahun lepas tercapai ke tak ek ? boleh tolong bagi tahu aku tak ? ~blurr~ 

scroll bawah la ek, let fingers type the moment :)



JANUARI :

* at this time aku masih lagi buat part time kat The Store. Lima bulan kot aku kerja sini. tapi duit gaji sikit pon tak boleh menabung.. hehe. memang bukan seorang yang menabung :)


* masa keje The Store nie aku puas dah kena caci maki dengan manusia-manusia tak bertamadun nie. memang diorang nie tak reti nak penyabar !




nah ini logo the store kesayangan. eh ?



FEBRUARI :

* waktu ni pon aku tengah dilamun cinta tahap monyet panjat panjat pokok. muahaha. last-last kena tinggal jugak. okey sekian !







MARCH sampai la bulan MEI :

* sama. tapi aku dah berhenti kerja. tak larat aku nak layan customer banyak songeh !



JUN :

* enter to PRA-UNIVERSITY and taking bisness study. insyaAllah tahun nie je tinggal. lepas tu ada rezeki continue further study :)




JULAI sampai la November :


* nothing interesting too, hehe. sama je buat kehidupan macam biasa :)




DISEMBER :

* haa.. ini lagi best. aku cuti sebulan. so follow my sister to Putrajaya. jadi babysitter kepada anak sedara sendiri. alahai active sangat. tapi nie nak balik pahang dah. mesti rindukan dia sangat. hmmp










---> last but not list, i hope this new year bring me to a happy lifestyle dan semoga dipanjangkan umur, ditingkatkan keimanan, sihat tubuh badan dan jadi wanita yang tabah :)







gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:34 AM
Reactions: 
3 budak comell doakan mell sihat
 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)