Thursday, January 5, 2012

sahabat . .

assalamualaikum and hye. . .


sesungguhnya malam nie. ketika ini. disaat ini. memang blurr tak tahu nak post entry tentang apa. aku baru tukar je lagu blog aku nie. memang aku suka instrumental music kot. haritu pon letak lagu slow je. nama je lagu aku panggil. tapi sebenarnya sepatah haram suara penyanyi pon sebab aku memang chose yang takde suara. entry dah la tah pape tah kan. pastu nanti tambah  dengan keserabutan lagu langsung kau orang mengata aku. eh ? tak eh? kan kan kan ?



back to the story. tajuk entry pon sahabat kan. sahabat. ye sahabat la. kawan tu. yang boleh ajak sahabat pergi mana-mana, share makanan sama-sama. tidur sama-sama. mak dia dan mak kita pon macam sama sebab rapat sangat kan, anak sedara dia kira anak sedara kita. anak sedara kita macam anak sedara dia. dia makan keju kita tak makan keju pon masih dianggap sahabat ye. aku tahu korang mesti banyak sangat cerita yang nak dibebelkan bila sebut je pasal sahabat. ianya ibarat masakan yang cukup rasa. semua rasa ada. manis, pahit, suka, duka macam-macam ada. macam astro okey. tapi paling best astro cuma tahu promote ''macam-macam ada''  tapi astro takde sahabat macam kita ada sahabat yang boleh bertepuk tampar kan. pukul sana sini. dan cubit lengan sampai biru. eh ? *aku la tuuuu*




sepanjang bernafas di muka bumi Allah yang maha penuh cabaran dan dugaan ini. selama sembilan belas tahun ini. selama masih mempunyai kelas-kelas untuk dihadiri. sahabat adalah salah satu aset penting dalam kehidupan kita ini. entah la kan ek. aku kalau pergi kelas takde sahabat mahupon tempat bercanda mesra. hatta mengumpat sekalipon rasa macam feel tu hilang je. yelah tak semua orang boleh get along dengan kita. dan tak semua orang boleh faham kita. boleh layan kerenah kita nak itu ini. nak pinjam pen mahupun nak pinjam test pad kan. tak semua boleh terima apa yang kita buat. semua dah sedia maklum orang sekarang nie kau jangan cakap la kan, salah sikit je mula nak gelak. salah sikit je mula la ''boooo'' bukan main, macam lah kau tu tak buat salah ek ? tak paham dengan perangai manusia. mana ada manusia yang perfect sangat sangat sangat. nak cari yang perfect pon susah. tapi tak salah kalau kita tingkatkan kualiti pada diri sendiri supaya menjadi lebih baik ? memang dituntut supaya berhijrah kearah kebaikan kan ? *hah banyak sangat aku potpetpotpet*





sama lah macam orang lain, sama macam korang jugak. aku pon ada sahabat jugak. sahabat baik aku. disebabkan sentiasa bersama. kitorang pernah dilabel sebagai lesbian. okey aku faham kau orang jeles sangat dengan aku dan dia bersama.*sila faham bersama tidak membawa apa-apa makna yang tersirat ye*
masa tu aku kira masih lagi mentah usia kitorang, memang so kids sangat la kan. tapi masa tu aku rasa aku dan dia sahabat perempuan aku nie kitorang je yang tak macam budak-budak. masa tu dalam form 3 ke form 2 ek. entah la lama dah kott. masing-masing lepas tu pindah sekolah tak kuasaaa makk nak layan kau orang nokk.. yang paling kelakar aku rasa bila ada student yang pi report dekat HEM. ececehh HEM pon terus panggil buat siasatan. apa kau ingat mak ayah kitorang tak ajar la ek ? dan waktu tu pon masing-masing ada boifren okey. memang tak paham apahal boleh kena label as lesbian. aku yang dengar masa tu pon rasa macam grr tak ada otak nak pikir ke apa hah ?




bila dah jadi macam tu. maka bertambahlah lah rapat hubungan family-family kotorang nie ibarat kedua-dua belah pihak mempertahankan hak masing-masing. *okey kisah memang macam tanah melayu nak mempertahankan hak nya okey*
so bila naik form 4 aku dan dia pon bertukar sekolah. rasa tak sanggup dah nak stay kat situ. macam gua batu niah kau tahu ? apa yang korang buat akan diperhatikan dan akan disoal dengan berjuta soalan. kalau soalan exam boleh la jugak aku nak jawab. ini berdepan dengan manusia yang maha punya banyak akal boleh mengolah pelbagai kenyataan dan fakta yang ada. aku malas. and last aku tukar sekolah SMK macam biasa dia tu pulak tukar pergi teknik. tapi jangan risau Allah itu Maha Adil lagi bijaksana. kitorang tetap contact macam biasa. dan rupanya semakin bertambah rapat. sampai lah ke sekarang. dari sekolah rendah lagi berkawan. sehingga lah ke tahap ini. masing-masing dah ada haluan sendiri. cuma sekarang masing-masing jauh.. tapi masih ingat lagi susah senang bersama, itulah sahabat baik. macam mana pon dugaan tu datang.kena tepis. jangan mengalah :)




so far, dah lama jugak la dia tak datang tidur rumah aku. busy dengan kelas dia yangperlu di attend supaya markah nya tak ditolak kan. dan aku jugak sama. busy dengan kelas aku. bangun awal pagi dan sebagainya. eh termasuk sekali ye ?




nasihat aku yang macam mak nenek bagi petua nie. Masing-masing kena hormati diri sesama sendiri okey. Jangan bila dah senang masing-masing macam kacang lupakan kulit. Tak baik macam tu okey. Orang tak suka, Allah lagi tak suka. Sekian wassalam :)



---> dia takde blog. takboleh la aku letak link blog dia. ekekeke :)






gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:22 PM

4 budak comell doakan mell sihat:

Nurul Aisyah on January 6, 2012 at 3:13 PM said... Reply To This Comment

alamak...panjang lak cerita..

Bulan Syurga Firdausi on January 6, 2012 at 5:05 PM said... Reply To This Comment

ye betul orang x suke Allah lagi x suke...kite x syg org, Allah x syg kite :)

meileinna.mell on January 7, 2012 at 9:38 PM said... Reply To This Comment

@Nurul Aisyahhehe, rasa rajin pulak :)

meileinna.mell on January 7, 2012 at 9:39 PM said... Reply To This Comment

@Bulan Syurga Firdausi kan ? manusia banyak tak sedar tu :)

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)