Friday, February 3, 2012

jangan sangka yang manja itu tak mampu jadi harimau

assalamualaikum and hye and selamat bercuti !!


okey awal-awal lagi bukan main merepek je kan... ucapan kenal-kenalan memang macam tak jumpa nokhtah,,theeeheeee ~~~


mak pernah berpesan, berkawan tu biarlah saling memberi dan menerima. bukan kita sahaja ataupun dia sahaja yang asyik bertungkus-lumus memberikan segala yang terbaik dalam mengutuhkan sesuatu perhubungan. sebenarnya, persahabatan dan cinta itu sama sahaja bagi aku. sebab sama-sama saling kena hormat-menghormati. inikan pulak tentang sahabat kita yang telah sekian lama segala cerita suka duka dikongsi bersama.





bukan aku ego. bukan aku tak mahu kembali berbaik.. malah aku juga buang segala perasaan malu aku. semata-mata kerana persahabatan yang satu ini. yang telah lama dibina. sekian lama. luar dalam dikongsi bersama. makan, minum dan segala jenis macam-macam telah dikorbankan. bukan sahaja masalah yang kecil kita tepis, malas peduli dengan kata-kata orang. malas sebab rasa tak terdaya. tapi sayang, itu cuma suatu ketika dulu. ketika masing-masing masih lagi bersama. dan sekarang semuanya macam mimpi. mimpi,, ahhh. aku faham macam mana yang aku maksudkan mimpi. kalian semua lagi bijaksana menilai apa erti mimpi.




sesungguhnya aku patut sedar, aku dan dia ibarat enggang dengan pipit. tentulah aku si burung pipit yang comell tu.. hehe. *okey maaf masih mampu berjenaka*
sungguh aku tak tipu, kali pertama aku mendapat tahu cerita ini, berita ini. terkejut nya hanya Allah yang tahu. begitu mudahkan sahabat yang sekian lama menilai kita. sedangkan selama ini kita usaha, cuba untuk menutup segala kesilapan dia, ketelanjuran dia. sebab aku masih waras. masih mampu berfikir. kalau tak kerana dia. entahlah. sama-sama belajar. sama-sama makan tidur segalanya bersama. tapi sayang. nafsu yang mengawal akal. aku faham kenapa kau bertindak sebegitu rupa kawan. aku mengerti.

google cari burung pipit, ini yang jumpa. thanks en.google !



aku memohon seribu kali kemaafan.malahan kalau sejuta kali pon aku sanggup.. tapi apalah daya aku. kau mudah lupakan segalanya. bukan aku meminta kau mengenang jasa aku, membalas balik segala jasa baik kau ataupun apa-apa sahaja yang sekarang mungkin berlegar-legar dalam minda kau. tapi cuma aku mahu kau buka mata. fikir semula. apa yang kita dah sama-sama cuba utuhkan persahabatan kita selama ini.



tapi maaf. kau sangat mementingkan ego kau. kau lebih utamakan emosi kau. muka aku pon kau tak nak pandang. tidak mengapa. siapalah aku. kau sendiri dah memutuskan segalanya. aku tak minta semua ini. tapi aku yakin drama ini hebat... mungkin filem mungkin ? ahh mungkin mampu menjadi box office. cukuplah sekali penghinaan yang kau beri. aku andaikan ia sebagai sekalung penghormatan buat aku. supaya hati aku yang perit dan sakit ini gagal untuk memberi isyarat kepada otak aku untuk mengalirkan air mata. cukup lah kali ini sahaja. setakat ini. setakat ini yang kau minta untuk kita lupakan semuanya.


aku tujukan ini buat peringatan diri aku semata-mata. buat kenang-kenangan diri aku cuma. takkan aku singkap kembali kenangan yang tercalar ini. sakit rasa nya bila diri ditikam. dilayan ibarat tiada perasaan, cukuplah kali ini.


dan untuk dia yang bukan lagi seperti dahulu. sesungguhnya hati aku cukup terluka. sudah lama aku simpankan ini semua. biarlah hati sahaja yang tahu. biar tersimpan kemas. disimpul ketat sehingga kemas. sehingga aku sendiri tak mampu untuk buka simpulan tersebut. supaya manik-manik jernis tak menitis laju di pipi. terima kasih kawan.


kau begitu benci terhadap aku. remove aku. takde apa yang perlu aku rengus kelus kan. biarlah. semoga kau bahagia dengan keputusan kau. sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang aku pada kau. facebook baru kau telah pon aku block. aku bebas, dan kau juga bebas dan tak sakit mata melihat aku. muncul dalam hidup kau. number telifon kau, dan segala-galanya tentang kau maaf. ianya cuma mimpi. tiada lagi. ini yang kau terlalu harapkan. aku sedia tunaikan. anggaplah ini satu cara untuk tunaikan permintaan kau. maaf.



biarlah ini menjadi simpanan aku. kenangan dihari tua. erti sebuah teman. sayangi sahabat anda ! memang benar pergi nya seorang, ramai lagi yang mahukan kita sebagai rakannya. tapi ingat. perilaku, sifat, kebaikan mahupun kejahatan yang tak disengajakan olehnya tak mampu ditemui oleh insan lain.


yang tabah,


hati...

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:15 PM

2 budak comell doakan mell sihat:

Liselle MonCherie on February 3, 2012 at 10:43 PM said... Reply To This Comment

Dianiaya oleh rakan sendiri mmg kenangan yg amat mendalam...pernah terjadi kt dri saya jgak

meileinna.mell on February 3, 2012 at 11:27 PM said... Reply To This Comment

@Liselle MonCherie hmppp.. sedih kan ? terasa macam kena tipu dengan ahlong je. biarlah. org dh taknak. tak guna nak menambah penyedap rasa kan ? :)

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)