Tuesday, June 26, 2012

Bawal 2 Tone !!

assalamualaikum wbt . . .


lama sangat rasanya tak update blog. mungkin kalau blog nie boleh bercakap, hari-hari dia dah bising sambil baling heel dekat muka. HAHA..

actually nak update blog pasal bawal 2 tone yang memang tengah lariss. sebelum nie asyik tengok orang je buat bissness.. macam seronok je kan ada ramai feedback.. jadi, alang-alang bawal 2 tone nie memang dah cantik, berkualiti and mudah nak dibentuk. so mell pon ambik kesempatan nak share jugak dengan korang.. buat masa nie, ini contoh tudung bawal 2 tone yang mell akan jual. ini contoh sahaja tau.. kalau berminat. bagi tahu nak colour ape, mell akan update kat korang..

next week akan sampai lagi banyak bawal nie..so nantikan ye.. mell akan upload semua yang sampai nanti.. batu atas kepala "crown" tu berkualiti so no worries dia tak berkilat ke apa.. yang penting senang je nak bentuk especially untuk kaum Hawa yang nak cepat-cepat siap ke kelas :')







tudung bila dilihat dari atas :)







dua tudung nie contoh sahaja.. next week mell akan upload lagi ye.. harga best price mell bagi :') 



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:39 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, June 2, 2012

Fruit Cocktail !!

hye assalamualaikum and may u all have a good night . good night ? yahhh good night lahh aper lagi kan ? LOL.

sebenarnya nak buat fruit cocktail nie sebab Suela a.k.a friend a.k.a neighbour yang teringin sangat nak makan cocktail nie. since dia tak balik lagi dari UMK, dia dah mintak saya tolong buatkan untuk dia.. sejak-sejak dia further study dekat UMK nie keinginan nak makan nie semakin membuak-buak lagaknya... *ayat SPM sangat ye*


so, selepas layan wayang movie Snow White and The Huntsman.. kitorang pon singgah market beli barang-barang nak buat cocktail nie... penyediaan dia simple sangat ye kawan-kawan.. mintak tolong adik yang tengah Pra pon boleh sebab soo simple okey ! *tapi malangnya adik saya ada sorang je, itupon dah tingkatan 4.. sobbbs*


bahan-bahan :

2 tin susu cair ( tak kesah lah apa brand pon janji halal )
1 tin buah-buahan campur
1 tin buah peach
1 tin rambutan
1 tin laici
1 tin nenas


cara penyediaan :

1. campurkan kesemua bahan yang dah dibeli tadi. hati-hati bila membuka tin tu ye. jangan sampai terluka jari okey. nanti mood nak makan koktail hilang gedebushhh ! airnya korang buang tau. jangan ambil. nanti rasa lain pulak dah tak sedap seperti yang diinginkan.


2. tuangkan susu cair di dalam jug mahupun bekas yang sesuai setelah dicampurkan kesemua bahan-bahan tersebut.

3. boleh hidang dah ye. kalau nak hasil yang lebih menyelerakan lemak berkrim *over, takdelah sampai lemak berkrim dah macam taruk santan kelapa. auta betul * 
hidangkan dengan ais atau pun boleh jugak simpan dalam peti sejuk dulu pastu bolehh makan !











nyummm nyummm sedapnya !




selamat mencuba !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:02 PM
Reactions: 
1 budak comell doakan mell sihat
 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)