Thursday, May 31, 2012

Novel Baru !

hye assalamualaikum... selamat petang, selamat bercuti dan selamat minum petang ! eh, boleh ?

tadi sampai awal dekat mall. jadi terus beli tiket dulu sebab ingatkan mungkin disebabkan movie baru kan, first day pulak tu. mungkin tiket habis or sit dah penuh dengan manusia-manusia yang dahagakan panggung wayang..
tapi , so suprisingly takde orang pon yang beratur over sangat macam tengok Miror Miror mahupun Battleship..



dari beberapa minggu yang lepas niat di hati nak tengok Snow White and The Huntsmen. tapi bila tengok dekat showtime ada pulak Piranha 3DD kan.. nampak sangat Piranha tersebut telah menggoda jiwa wanita. huh ! tapi tak best pon. membazir tiket je boleh ? tapi untunglah murah je harini cuma RM6 je :')





saya punya lah muka excited bila Tieka cakap, nanti ada spek 3D tu. excited punya excited rupanya takde pon :'(


malas la cerita pasal movie yang tak best tu. tapi yang best nya saya beli novel baru tadi.... cari punya cari.. baca sinopsis sampai nak terkoyak kulit novel pastu jumpa satu novel nie... Cinta Kontrak !


tadda !!



Sinopsis Cinta Kontrak 

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

*sinopsis ihsan dari sini :')



baru je beli tadikan, so tak habis explore lagi... harap-harap seronok la kan ? thanks for reading !



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:40 PM

4 budak comell doakan mell sihat:

Amanina on May 31, 2012 at 6:07 PM said... Reply To This Comment

heee. bestnya beli novel. kite x baca lagi novel tu..wuuuwuu

||fatin syahira|| on May 31, 2012 at 9:27 PM said... Reply To This Comment

memang SUMPAH best novel tu! da 2x baca then aritu smpat amek gambar lg ngn novelis dia kat book fair ;)

meileinna.mell on June 1, 2012 at 1:42 AM said... Reply To This Comment

@Amaninajangan sedih sedih. nanti boleh baca. mell pon tak abis baca lagi :')

meileinna.mell on June 1, 2012 at 1:42 AM said... Reply To This Comment

@||fatin syahira|| wahh untung lah diaa.. kita beli dekat Popular jeee tetttt =.=''

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)