assalamualaikum wbt...
hah dah kenapa pulak title entry macam tuh ? jawapannya, biarlah aku sahaja yang tahu. muehehee... okeylah. first of all.. sorry dah termungkir janji, haritu janji nak update tudung bawal crown tapi sampai sudah tak update-update dekat blog.. dari ada berpuluh-puluh helai sampai tak tinggal sehelai pon yang tinggal.. alhamdulillah jualan tudung sangat mendapat perhatian dari semua pihak terutamanya dari warga FB.. inshaAllah dalam next week akan sampai tudung berlainan jenis pulak... semoga nanti mell akan update di blog yahh... hehehe... entahlah bukan apa kadang tuh nak menaip panjang-panjang dekat blog macam takde kerajinan yang hakiki pulak. phewwwww...
*okeylah back to the main story yahh..
punca nya malam tadi ada yang telah mengusik tangkai hati nie tanya soalan yang berbaur kesedihan. cheeewah. iyeke ? iyelah.. theeeheee :')
macam nie.. untuk kesekian kali nya.. i've tried all my best to make our relationship keep stronger dari hari ke hari.. tapi kuasa Allah kita tak boleh nak tolak kan... kita kena redha dengan apa yang Allah dah janjikan untuk kita.. pada mulanya sedih, kecewa, dukacita, dan macam-macam lagilah perasaan yang tak boleh nak digambarkan... iyelah kan.. berapa lama dah mell meniti hari hidup dengan dia.. even jauh di mata tapi tetap dekat di hati.. ngehngehngeh... tapi betul lah kan.. dah nama nya setia, apa yang kita buat sedaya upaya nak mengutuhkan lagi hubungan yang dah sedia ada... tapi macam became worse. takpelah.. kalau seorang sahaja yang nak mempertahankan hubungan tak kan kemana jugak kan... so, pasrah dengan ketentuan Ilahi.. sobsss sobbs :/
bila dah jadi camnie, kena lah masing-masing muhasabah diri.. kenapa jadi camnie... kenapa jadi camtuh... setelah di darab, bahagi, tambah dan tolak sedikit mengikut buku matematik... dan segala jawapan nya telah pon di hipothesis kan... sepatutnya,, aku dah boleh nampak perubahan yang dia tunjukkan dekat aku... tapi aku nie agaknya slow sangat asyik pending je... so inilah akibatnya... tapi takpe... pengalaman yang pahit nie akan mengajar kita sebagai manusia agar lebih berwaspada pada masa akan datang.. dan mungkin ada hikmah di sebalik apa yang dah berlaku nie kan,,,
manalah tahu tiba-tiba aku yang tak seberapa nie dapat yang lebih baik, lebih beriman, lebih penyabar, lebih menghormati ibu bapa, lebih memahami aku, lebih suka mengajar aku, lebih suka menasihati aku, lebih suka membebel hari-hari macam mak nenek dekat aku suatu hari nanti kan... eh segalanya lebih la yang aku harapkan untuk masa hadapan...
memaafkan dia ? tiap hari aku memaafkan dia... walhal dah tak ingat dah pon apa kesalahan dia pada aku.. aku cuba bertindak matang. malas lah disebabkan hal yang kecik langsung putus persahabatan,,,
dan semalam... emak belek-belek gambar dia.. mak cakap dia handsome.. ada lesung pipit.. hidung mancung, haihhh emak sengaja nak aku sedih balik tiba-tiba.. adehhh... pastu, bila mak dah tengok aku cam dah lain macam.. mak pujuk, dia cakap lah.. dia dah ada girlfrend lain tuh kakak.. sebab tu dia buat tak kesah je.. hmpp.. mungkin jugak.. mungkin tak.. entah tak pelik la aku ada ke tidak kekasih baru dia tuh. orang handsome jalan kat mana pon orang tetap nak pandang tak kisah lah dah ada girlfren ke tak...
semoga dia dapat kekasih yang boleh bersabar hingga ke tahap maksima. boleh faham perangai dia supaya nanti takde lah hari-hari abis kredit sebab nak pujuk orang merajuk or whateva. malas dah nak fikir.. fikir banyak-bayak pon.. discuss banyak kali pon sesama aku jugak balik-balik yang nak disalahkan.. serupa tak payah... boleh darah tinggi aku.. elok-elok sihat terus demam macam malam tadi... masuk dalam selimut tutup kipas tidur sambil menggigil.. dah kenapa?
*terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku mengenalinya sehingga aku dapat belajar erti kesabaran. bertindak menjadi wanita yang matang dan mengajar aku apa erti sebuah perhubungan*
sekian,
Why I English
2 months ago
0 budak comell doakan mell sihat:
Post a Comment