Wednesday, February 29, 2012

jatuh cinta ke ?

assalamualaikum wbt .

entah kenapa semenjak dua menjak nie hati aku BERDARAH berbunga-bunga macam dekat taman bunga tu. bila nak pergi kelas rasa seronok. rasa macam ada seseorang yang tengah tunggu aku. aku perasan sendiri ke apa neh ? eh boleh ke ?



flash sangat ye. nampak tak muka dah macam opera ?


sebenarnya ada insiden yang terjadi beberapa hari lepas. dan aku tak sangka nak jadi macam nie. Ya Allah boleh tak bayangkan macam mana eh perasaan aku nie sekarang macam mana ? malu bukan main sangat dah nie.


aku rasa aku jatuh cinta la. tapi yang aku tak faham kenapa aku malu nak pandang muka dia ? aku harap dia tak tahu perasaan aku sekarang. sebab aku rasa bila dia dah tahu. aku lagi lah terasa macam nak pergi buat surgery dekat muka nie. mungkin macam AVATAR Anjelina Jolie mungkin ? dapatlah aku berbibir seksi dan tebal sehingga membazirkan lipstik yang bakal aku pakai.


tapi yang aku tak faham nya kenapa perasaan tu datang sekarang. takkan cinta pandang pertama kot ? alamak kunoo nya la aku nie. tapi kalau tak cinta apasal jantung aku dupp dapp dupp dap macam kena kejar dengan musang Pak Khamis? ( kenapa Pak Khamis ? jawapannya mudah sebab esok kan hari Khamis ) LOL.


pening !


entah la ehh... aku pon tak tahu apasal la perasaan nie boleh timbul dalam sekelip mata. padahal hari sebelum tuh aku takde pulak berangan nak ada pengganti boifrend cepat-cepat. memang masalah yang sudah di tahap kritikal... sengsara lara la jiwa aku lepas nie. aku nie pulak dah macam orang angau. tersenyum sorang-sorang. grrrr !! Ya Allah tolong la buang cepat-cepat perasaan aku nie. sebab aku tahu nanti aku sendiri jugak yang kecewa. lagi satu berangan lebih-lebih sangat pon nanti jerawat mula la gatal nak menetap sekejap atas muka nie. sigh~



sebelum rahsia aku terbongkar, i think i should stop here because he already be one of my friend dekat FB. nanti rahsia terbongkar kan terus aku pergi belakang rumah Jerman buat surgery. bye!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:01 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Thursday, February 23, 2012

happy birthday ayah !

assalamualaikum wbt...


semalam merupakan hari jadi my beloved dad ! satu-satunya ayah yang aku ada dalam dunia nie. satu-satu nye ayah yang boleh didik aku supaya jadi budak perempuan yang baik tak boleh keluar rumah suka-suka hati. haaaa ayah aku la tu. hebat kan ayah ? boleh jadikan aku budak perempuan yang berdisiplin. tak boleh nak suka-suka gelak kuat-kuat mengalahkan kuda kena geletek pinggang. sebab kata ayah, perempuan kalau gelak macam tu tak nampak manis. lagi satu malu kalau jiran dengar. kan ? betul jugak. sudah nya aku sekarang kalau nak gelak mesti tangan hinggap dekat mulut. hehe :)




entry kali nie rasa nak letak semua gambar masa baby aku boleh ?




dekat baju bukan main ade number. nie bukan number banduan, ni masa masuk petandingan baby tecomel :)
walaupon tak comel kena cool macam comel ye :P


entah kenapa bila orang sebut pasal ayah diorang, aku pon boleh touching sama. terus aku teringat kan ayah aku. boleh ? bila apa-apa yang melibatkan ayah. aku jadi sensitif. air mata aku mudah je mengalir. tapi berbeza pulak dengan emak aku. aku jadi cool sikit. entah kenapa eh. mungkin aku rapat dengan ayah kot. mungkin :)
tapi macam mana pon, aku sayangkan emak ayah aku lebih dari segalanya. emak ayah aku takde blog. kalau ada blog mungkin mereka akan terus peluk baca entry aku nie. hehe =)





bajet sangat la pulak posing tepi highway nak balik kampung kat Perak


mengimbau kembali zaman aku kecik-kecik. ayah la yang paling rajin bawak aku pergi klinik gigi. gigi sakit, gigi berlubang, check gigi tu semua dengan ayah. kau orang pon tahu kan kerusi yang dekat klinik gigi tu amat menakutkan kanak-kanak. gergasi sangat aku rasa masa tu. dan aku tak terkecuali ikut takut sama. ayah la yang pujuk aku supaya tak takut. he sit with me on dat chair. alahai baik kan ? and i sit on him. rasa tenang. tak takut langsung.


jangan kan soal gigi. kuku jari tangan sampai kaki dari kecik sampai aku darjah enam rasa nya. he cut it for me. baik kan ? kadang-kadang aku tak rasa pon yang aku nie manja bukan main dengan ayah. mahupun dengan mak. aku rasa takde pon. sebab aku nie pon bukan nya jenis perempuan manja ke apa. tak langsung okey. aku nie budak perempuan yang ganas. eh kau percaya tak ? ekekeke.



macam nie ganas tak muka ku ?


tapi yang aku tahu, kalau setiap perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas. kita sebagai anak dia mesti rasa terlalu sayang dan rasa diberi perhatian. dats why aku rasa macam sekarang nie. sayang sangat. heh dah macam meluahkan perasaan dekat boyprengg bole ? sila abaikan  -.-"




sebenarnya banyak lagi. tapi aku malas pulak nak taip menaip bukan main panjang lebar mengalahkan buat thesis kan. so , i think i should stop here.

for my dad. thanks ayah. i love youuu so much. and happy birthday. semoga panjang umur dan di murahkan rezeki yang berpanjangan serta sentiasa diberkati di dunia dan akhirat. kakak sayang ayah.


semoga ayah terus sihat dan dapat tengok anak-anak ayah membesar dengan cemerlang!! dan bahagia dengan cucu-cucu yang comell :)



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:05 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, February 22, 2012

wordless wednesday




gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:11 PM
2 budak comell doakan mell sihat

Monday, February 13, 2012

dia dan kenangan

assalamualaikum wbt dan selamat malam .

sebelum aku membebel dengan penuh rasa sukacitanya, aku nak mention kan kat sini lagi sekali. my blog is just like my diary. sebab tu apa yang aku rasa aku nak membebel pukk pakk pukk pakk sesukahati aku je. eh boleh ke macam ? kelip mata sebelah anggap macam boleh je la eh ? kihkihkih...


okey. apasal pulak title entry aku bukan main dia dan kenangan. dia dan kenangan sangat lah kan. macam baru je rasa nya boleh bergelak ketawa. boleh aku kata dia. dia kata aku. dan sebab misunderstanding sikit je.. terus macam okey bye macam tu. tapi yang paling menyedihkan okeybye dia tu, dia betul-betul meant it. heh dah nasib badan. maybe someday i will meet my Mr.Right mungkin ? someday hopefully insyaAllah soon .. :)





entah lah ek. kali nie dah tak rasa sedih. sebab aku sendiri rasa yang hubungan aku dengan dia macam dah hambar. dah tak membara-bara lagi macam nak kembara di hutan lipur? eh maaf la aku memang suka mengarut. haha.


daripada apa yang berlaku nie aku macam boleh je nak buat conclusion. apa sebenarnya matlamat dia dengan hubungan aku dengan dia nie. tentang apa yang aku rasa tu maaflah biarlah hati kecil aku yang tahu.

seminit je masa yang aku ambil untuk keluarkan airmata gadis aku nie. cukuplah aku limitkan masa tersebut sedemikian rupa. aku malas nak nangis bukan main hiba meraung-raung sebab orang dah tak nak apasal pulak aku nak touching lebih sangat kalah preggy mommy. ek ? aku emo nie nampak tak niaaaaaaaa :P


lastly, untuk dia. wish u all the best. gud luck and hopefully u boleh jadi muslim yang terbaik soon. jangan nakal-nakal and thanks for everything mintak dihalalkan dunia akhirat.. be a nice person. ikhlas dari hati yang tulus melepaskanmu. ( okey boleh la sesape nak ambik ayat tu buat lirik lagu takde masalah )




boleh tak aku rasa dua tahun aku dengan dia nie macam buang masa? kalau mak aku tahu confirm mak cakap yaaaaaa... membazir sangat kalau dah kawin boleh tambah anak sorang lagi. muahaha. okey bye !!




ada yang wish gud luck untuk netball match aku last saturday. thanks friends !! alhamdulillah dapat jadi johan. hehe.. nanti update blog pasal netball match tu yaaa... see u soon darl ! :)





gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 8:58 PM
1 budak comell doakan mell sihat

Friday, February 10, 2012

kenapa bukan badminton. kenapa bola jaring. huaaa!

assalamualaikum wbt dan selamat malam !

aku rasa macam title untuk entry aku kali nie berjengkal-jengkal. sebnenarnya aku nak letak panjang-panjang title tu supaya menggambarkan betapa gundah dengan macam-macam soalan dalam kotak fikiran aku nie. bole ?


ekcelly, esok aku ada netball match. tapi entah la.. pada mulanya aku memang tak nak join match nie. sebab aku nie memang semenjak dari azali tak pernah sekali pon main bola jaring nie. dari aku masih dalam zaman sekolah rendah. kalau sebut pasal bola jaring je, aku dah berdesupp lari. entah la ek. aku rasa aku memang fail. aku takut bola. huaaa!!



dan yang bertambah parah bila aku dapat tahu terus je nak berlawan esok ! huaaaaa lagi sekali ! sobbb sobbbb sobbb.. memang noob je aku rasa nie haaa.. macam mana nak menang kalau training apa pon takde. dah tu pulak aku tengok yang nak berlawan esok bukan main laaa hebat nye dah tahap pro. aku nie gamaknya bagi lawan dengan budak darjah satu pon sure aku yang confirm-confirm menjulang piala kekalahan.


sepanjang perjalanan hidup aku nie.. aku pernah main bola beracun je. sadis kan ? itu pon aku takut bola. *sebab tu aku sure menang bila main bola beracun masa kecik-kecik dulu. mesti la aku menang, dah nama pon takut bola. kompem aku lari lintang pukang bila nampak bola. sadis nya lagi sekali. dan aku sangat berharap bila aku dah beranak pinak nanti anak-anak aku tak penakut tahap masalah serius macam aku nie. aku kesian anak aku nanti kena gelak !!







disebabkan kelemahan aku nie pada bola. ayah aku dengan sabar ajar aku main badminton. kalau orang lain mesti belajar dengan cikgu-cikgu ke,, trainer ke.. tapi aku nie special sikit. semua nya dengan ayah. kalau nak diikutkan segala perilaku aku, cara aku, didikan dan semuanya tentang hidup aku bermula dari rumah. dats why I LOVE MY DAD. he teach me in everyway. daripada aku main pukul bola asyik pukul angin je. daripada aku pukul bulu tangkis dah macam gaya nak main tennis sampai aku berjaya mewakili pertandingan badminton peringkat negeri. aku rasa lah zaman kegemilangan aku semuanya masa aku form 4 sampai form 5. mewakili sekolah dengan pantun la. syair la. kadang-kadang aku macam tak percaya aku bukan seorang yang lemah  lembut sangat. tapi segala pertandingan yang aku masuk semua nya macam gadis melayu terakhir. kihkihkih.


last but not least, okey macam karangan sekolah bm. aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. eh ? aku nie dah lari tajuk.. larikk !!


hmm. untuk readers blog aku kan. korang baik kan. so aku mintak sangat korang doakan aku esok dapat beraksi dengan baik.. ekekeke... aku rasa esok dah macam bertempur tanpa senjata. entahlah. aku dah bole bayangkan dah sebenarnya esok aku akan jadi batang kayu je kat tengah-tengah padang tu. korang doakan yang terbaik untuk aku ye. terima kasih sangat :') you're such a good freinds !!


sebenar nya bila orang tanya aku , esok aku jadi apa. aku jawab GK. tapi sebenarnya maksud GK pon aku tak tahu.. soobbb sobb sekian bye .

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:02 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday -a boy a girl ?




there is must have reason why are equally need each other !  

-esok sambung lagi :)

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:58 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Monday, February 6, 2012

the answer of 20 random question !!

Segmen 20 Random Question.


assalamualaikum dan selamat sejahtera.





haaa. nampak tak banner kata atas nie ? nak join boleh klik kat sini. lagi ramai join lagi bagus !!





sebenarnya baru je dapat tahu tentang segmen 20 random question bila Yana Yani tag bagi tahu dekat shoutbox. rasa nya ini the second time kena tag since dah 2 bulan berblogging. heeeee~
sebenarnya segmen jawab-jawab soalan nie bagi aku bagus sangat lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak tahu dan tak alert dengan diri mereka kan ? macam aku nie haa.. ekekeke.. so, lets start to answer all the random question !!



1.  Apakah nama kawan baik anda ?
Azmiza Bt Ahmad. 

2.  Dimana tempat weirdest anda mempunyai tahi lalat ?
Wahh.. soalan nie awesome sangat. tapi alhamdulillah buat masa sekarang tahi lalat muncul di tempat yang sepatutnya dia muncul.. hehe.

3.  Siapakah guru yang paling rapat dengan kamu ?
Ayah emak, sebab mereka ajar bahasa Inggeris dari umur aku kecik-kecik lagi. Mengajar Math dan macam-macam lagi.Macam cikgu kan ? I LOVE THEM SO MUCH!

4.  Pernahkah anda menyanyi secara LIVE ?
Pernah. Menyanyi lagu Siti Nurhaliza. Percayalah tajuknya. Masa hari keluarga Pengurus-pengurus FELDA. Tapi malangnya naik je pentas GULP. Satu baris je aku nyanyi boleh? Gigil semua anggota badan !


5.  Apakah bahagian badan yang anda suka ?
Mata. Sebab mata aku sepet.


6.  Adakah anda suka lebih tandas awam or rumah ?
Rumah. Lebih selesa. Lebih bersih. Bole duduk lama-lama. Takde orang bising. HAHA


7.  Apakah bakat pelik yang anda ada ?
Menyanyi lagu entah apa-apa sampai kakak sendiri rasa nak campak aku dalam sungai. Ini memang tak tahan :P


8.  Adakah anda mempunyai lesung pipit ?
Ada. Sebelah kanan.


9.  Apakah perisa kegemaran anda ?
Vanilla.


10.  Adakah anda diikat gara-gara degil ?
Tak pernah. Sebab aku baik. HAHA.

11.  Apakah perkara terakhir yang anda pernah tunaikan ?
Beli set eyeshadow pallete :)

12.  Adakah anda mempunyai lesen ?
Takde. Ayah tak bagi.

13.  Pernahkan anda terfikir bahawa awan tuh pejal dan boleh duduk ?
Tak pernah terfikir pulak. Tapi memang secara logiknya tak boleh.

14.  Adakah anda keras kepala ?
Kadang-kadang ya. Kadang-kadang tak.

15.  Jenis kasut yang anda suka ?
Wedges.

17.  Adakah anda pernah ke muzium ?
Pernah. Masa tadika.

18.  Binatang paling benci ?
Katak !!

19.  Adakah terdapat satu tempat anda ingin pergi ?
Venice, Italy

20.  Suka blog ini ?
Mestilah suka. Sebab blog awak simple tapi menarik !!



Blog tagged :


lastly, thx to liyana yani sebab tag kan kite untuk join segmen nie :)



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 12:23 AM
1 budak comell doakan mell sihat

Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul

assalamualaikum wbt sayang-sayang semua !! today's date 05/02/2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1433H. dan juga merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SWT.

disebabkan jatuh pada hari ahad yang memandangkan hari cuti, so esok pon cuti lagi.. yeayy!!


okey meh sini nak share sikit... :)



Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.




Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.










Nabi Muhammad SWT pembela agama sepanjang zaman :) 
jom selawat banyak-banyak jom ... ^__^

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 12:02 PM
2 budak comell doakan mell sihat

testing-testing 123



lagu ni seronok bila dengar banyak-banyak kali. *ye eh ? padahal saje nak test reti tak masukkan video dekat entry :)







men should respect women, stop pretending dat u are always right than others. salam maulidur rasul guys ;)

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 12:45 AM
2 budak comell doakan mell sihat

Friday, February 3, 2012

jangan sangka yang manja itu tak mampu jadi harimau

assalamualaikum and hye and selamat bercuti !!


okey awal-awal lagi bukan main merepek je kan... ucapan kenal-kenalan memang macam tak jumpa nokhtah,,theeeheeee ~~~


mak pernah berpesan, berkawan tu biarlah saling memberi dan menerima. bukan kita sahaja ataupun dia sahaja yang asyik bertungkus-lumus memberikan segala yang terbaik dalam mengutuhkan sesuatu perhubungan. sebenarnya, persahabatan dan cinta itu sama sahaja bagi aku. sebab sama-sama saling kena hormat-menghormati. inikan pulak tentang sahabat kita yang telah sekian lama segala cerita suka duka dikongsi bersama.





bukan aku ego. bukan aku tak mahu kembali berbaik.. malah aku juga buang segala perasaan malu aku. semata-mata kerana persahabatan yang satu ini. yang telah lama dibina. sekian lama. luar dalam dikongsi bersama. makan, minum dan segala jenis macam-macam telah dikorbankan. bukan sahaja masalah yang kecil kita tepis, malas peduli dengan kata-kata orang. malas sebab rasa tak terdaya. tapi sayang, itu cuma suatu ketika dulu. ketika masing-masing masih lagi bersama. dan sekarang semuanya macam mimpi. mimpi,, ahhh. aku faham macam mana yang aku maksudkan mimpi. kalian semua lagi bijaksana menilai apa erti mimpi.




sesungguhnya aku patut sedar, aku dan dia ibarat enggang dengan pipit. tentulah aku si burung pipit yang comell tu.. hehe. *okey maaf masih mampu berjenaka*
sungguh aku tak tipu, kali pertama aku mendapat tahu cerita ini, berita ini. terkejut nya hanya Allah yang tahu. begitu mudahkan sahabat yang sekian lama menilai kita. sedangkan selama ini kita usaha, cuba untuk menutup segala kesilapan dia, ketelanjuran dia. sebab aku masih waras. masih mampu berfikir. kalau tak kerana dia. entahlah. sama-sama belajar. sama-sama makan tidur segalanya bersama. tapi sayang. nafsu yang mengawal akal. aku faham kenapa kau bertindak sebegitu rupa kawan. aku mengerti.

google cari burung pipit, ini yang jumpa. thanks en.google !



aku memohon seribu kali kemaafan.malahan kalau sejuta kali pon aku sanggup.. tapi apalah daya aku. kau mudah lupakan segalanya. bukan aku meminta kau mengenang jasa aku, membalas balik segala jasa baik kau ataupun apa-apa sahaja yang sekarang mungkin berlegar-legar dalam minda kau. tapi cuma aku mahu kau buka mata. fikir semula. apa yang kita dah sama-sama cuba utuhkan persahabatan kita selama ini.



tapi maaf. kau sangat mementingkan ego kau. kau lebih utamakan emosi kau. muka aku pon kau tak nak pandang. tidak mengapa. siapalah aku. kau sendiri dah memutuskan segalanya. aku tak minta semua ini. tapi aku yakin drama ini hebat... mungkin filem mungkin ? ahh mungkin mampu menjadi box office. cukuplah sekali penghinaan yang kau beri. aku andaikan ia sebagai sekalung penghormatan buat aku. supaya hati aku yang perit dan sakit ini gagal untuk memberi isyarat kepada otak aku untuk mengalirkan air mata. cukup lah kali ini sahaja. setakat ini. setakat ini yang kau minta untuk kita lupakan semuanya.


aku tujukan ini buat peringatan diri aku semata-mata. buat kenang-kenangan diri aku cuma. takkan aku singkap kembali kenangan yang tercalar ini. sakit rasa nya bila diri ditikam. dilayan ibarat tiada perasaan, cukuplah kali ini.


dan untuk dia yang bukan lagi seperti dahulu. sesungguhnya hati aku cukup terluka. sudah lama aku simpankan ini semua. biarlah hati sahaja yang tahu. biar tersimpan kemas. disimpul ketat sehingga kemas. sehingga aku sendiri tak mampu untuk buka simpulan tersebut. supaya manik-manik jernis tak menitis laju di pipi. terima kasih kawan.


kau begitu benci terhadap aku. remove aku. takde apa yang perlu aku rengus kelus kan. biarlah. semoga kau bahagia dengan keputusan kau. sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang aku pada kau. facebook baru kau telah pon aku block. aku bebas, dan kau juga bebas dan tak sakit mata melihat aku. muncul dalam hidup kau. number telifon kau, dan segala-galanya tentang kau maaf. ianya cuma mimpi. tiada lagi. ini yang kau terlalu harapkan. aku sedia tunaikan. anggaplah ini satu cara untuk tunaikan permintaan kau. maaf.



biarlah ini menjadi simpanan aku. kenangan dihari tua. erti sebuah teman. sayangi sahabat anda ! memang benar pergi nya seorang, ramai lagi yang mahukan kita sebagai rakannya. tapi ingat. perilaku, sifat, kebaikan mahupun kejahatan yang tak disengajakan olehnya tak mampu ditemui oleh insan lain.


yang tabah,


hati...

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:15 PM
2 budak comell doakan mell sihat

Thursday, February 2, 2012

blog dah umur dua bulan !! yeayy!!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera!



happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to my blog.. happy birthday to you... eh ? apasal ? hehe... supprisee untuk diri aku sendiri... heheeee.... okeyy,, ekcelly blog kesayangan aku nie dah pon berumur dua bulan secara rasmi nya.. waaahhh... macam birthday anak sendiri nokkks! 




sesungguh nya hari ini merupakan the bad day for 2012. dari pagi sampai ke nak balik rumah aku dihujani dengan pelbagai masalah.. kritikal sangat.. itu yang dapat aku rasakan... 




entah la ye.. sepatutnya kalau aku nak sangat menceritakan kisah hati aku nie panjang meleret baik lah aku khas kan buat entry lain... tapi aku malas nak manjang kan cerita. bukan ada siapa yang faham. dan bukan dia yang aku tujukan nie nak cuba memahami. apa boleh buat. kita jumpa ingat nak berbaik. rupanya pandang aku pon taknak. siapa lah aku kan...




sesungguhnya aku malas nak marah ke, bebel ke, panggil kau dengan apa-apa panggilan lagi.. sebab bagi aku ,kau sahabat yang aku sayang selama ini. tapi ini balasan yang aku dapat. takpe lah. teruskan usaha kau ye. insyaAllah semoga Allah bukakan pintu hati kau untuk ingin tahu kebenarannya. 





dah la ye. aku tak nak spoiled kan hari jadi blog aku nie walaupon dah terlebih satu hari.. ekeke.. okey jom gelak ketawa balik. tak bermakna hilang seorang kawan kita tak boleh nak teruskan hidup kan.. okeyy mell pliss jangan jadi perigi cari timba. 




aku tak pasti kau baca ke tak entry aku nie. sebab kau pon dh block aku. sekali lagi aku wish thanksss kawan. may Allah bless u ;')
wish u all the best.








aku nak hadiahkan diri aku dengan kek nie... ahahaha... aku tuan blog so aku la dapat hadiah kek,,, taddddaaa!!



kek nak yang kahwin punya je, maksud ? aku miang nak kawin eh ? !!



okeyy bye korang-korang semua.. take care !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 8:34 PM
2 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, February 1, 2012

wordless wednesday - a happy friendship forever !! -












- good relations of frenship is desired by everyone. same goes to me. hoping dat he/she turns into a better behavior. keep healthy everyone!! -

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:10 PM
4 budak comell doakan mell sihat
 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)