Thursday, February 23, 2012

happy birthday ayah !

assalamualaikum wbt...


semalam merupakan hari jadi my beloved dad ! satu-satunya ayah yang aku ada dalam dunia nie. satu-satu nye ayah yang boleh didik aku supaya jadi budak perempuan yang baik tak boleh keluar rumah suka-suka hati. haaaa ayah aku la tu. hebat kan ayah ? boleh jadikan aku budak perempuan yang berdisiplin. tak boleh nak suka-suka gelak kuat-kuat mengalahkan kuda kena geletek pinggang. sebab kata ayah, perempuan kalau gelak macam tu tak nampak manis. lagi satu malu kalau jiran dengar. kan ? betul jugak. sudah nya aku sekarang kalau nak gelak mesti tangan hinggap dekat mulut. hehe :)




entry kali nie rasa nak letak semua gambar masa baby aku boleh ?




dekat baju bukan main ade number. nie bukan number banduan, ni masa masuk petandingan baby tecomel :)
walaupon tak comel kena cool macam comel ye :P


entah kenapa bila orang sebut pasal ayah diorang, aku pon boleh touching sama. terus aku teringat kan ayah aku. boleh ? bila apa-apa yang melibatkan ayah. aku jadi sensitif. air mata aku mudah je mengalir. tapi berbeza pulak dengan emak aku. aku jadi cool sikit. entah kenapa eh. mungkin aku rapat dengan ayah kot. mungkin :)
tapi macam mana pon, aku sayangkan emak ayah aku lebih dari segalanya. emak ayah aku takde blog. kalau ada blog mungkin mereka akan terus peluk baca entry aku nie. hehe =)





bajet sangat la pulak posing tepi highway nak balik kampung kat Perak


mengimbau kembali zaman aku kecik-kecik. ayah la yang paling rajin bawak aku pergi klinik gigi. gigi sakit, gigi berlubang, check gigi tu semua dengan ayah. kau orang pon tahu kan kerusi yang dekat klinik gigi tu amat menakutkan kanak-kanak. gergasi sangat aku rasa masa tu. dan aku tak terkecuali ikut takut sama. ayah la yang pujuk aku supaya tak takut. he sit with me on dat chair. alahai baik kan ? and i sit on him. rasa tenang. tak takut langsung.


jangan kan soal gigi. kuku jari tangan sampai kaki dari kecik sampai aku darjah enam rasa nya. he cut it for me. baik kan ? kadang-kadang aku tak rasa pon yang aku nie manja bukan main dengan ayah. mahupun dengan mak. aku rasa takde pon. sebab aku nie pon bukan nya jenis perempuan manja ke apa. tak langsung okey. aku nie budak perempuan yang ganas. eh kau percaya tak ? ekekeke.



macam nie ganas tak muka ku ?


tapi yang aku tahu, kalau setiap perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas. kita sebagai anak dia mesti rasa terlalu sayang dan rasa diberi perhatian. dats why aku rasa macam sekarang nie. sayang sangat. heh dah macam meluahkan perasaan dekat boyprengg bole ? sila abaikan  -.-"




sebenarnya banyak lagi. tapi aku malas pulak nak taip menaip bukan main panjang lebar mengalahkan buat thesis kan. so , i think i should stop here.

for my dad. thanks ayah. i love youuu so much. and happy birthday. semoga panjang umur dan di murahkan rezeki yang berpanjangan serta sentiasa diberkati di dunia dan akhirat. kakak sayang ayah.


semoga ayah terus sihat dan dapat tengok anak-anak ayah membesar dengan cemerlang!! dan bahagia dengan cucu-cucu yang comell :)



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:05 PM

0 budak comell doakan mell sihat:

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)