Friday, February 10, 2012

kenapa bukan badminton. kenapa bola jaring. huaaa!

assalamualaikum wbt dan selamat malam !

aku rasa macam title untuk entry aku kali nie berjengkal-jengkal. sebnenarnya aku nak letak panjang-panjang title tu supaya menggambarkan betapa gundah dengan macam-macam soalan dalam kotak fikiran aku nie. bole ?


ekcelly, esok aku ada netball match. tapi entah la.. pada mulanya aku memang tak nak join match nie. sebab aku nie memang semenjak dari azali tak pernah sekali pon main bola jaring nie. dari aku masih dalam zaman sekolah rendah. kalau sebut pasal bola jaring je, aku dah berdesupp lari. entah la ek. aku rasa aku memang fail. aku takut bola. huaaa!!



dan yang bertambah parah bila aku dapat tahu terus je nak berlawan esok ! huaaaaa lagi sekali ! sobbb sobbbb sobbb.. memang noob je aku rasa nie haaa.. macam mana nak menang kalau training apa pon takde. dah tu pulak aku tengok yang nak berlawan esok bukan main laaa hebat nye dah tahap pro. aku nie gamaknya bagi lawan dengan budak darjah satu pon sure aku yang confirm-confirm menjulang piala kekalahan.


sepanjang perjalanan hidup aku nie.. aku pernah main bola beracun je. sadis kan ? itu pon aku takut bola. *sebab tu aku sure menang bila main bola beracun masa kecik-kecik dulu. mesti la aku menang, dah nama pon takut bola. kompem aku lari lintang pukang bila nampak bola. sadis nya lagi sekali. dan aku sangat berharap bila aku dah beranak pinak nanti anak-anak aku tak penakut tahap masalah serius macam aku nie. aku kesian anak aku nanti kena gelak !!







disebabkan kelemahan aku nie pada bola. ayah aku dengan sabar ajar aku main badminton. kalau orang lain mesti belajar dengan cikgu-cikgu ke,, trainer ke.. tapi aku nie special sikit. semua nya dengan ayah. kalau nak diikutkan segala perilaku aku, cara aku, didikan dan semuanya tentang hidup aku bermula dari rumah. dats why I LOVE MY DAD. he teach me in everyway. daripada aku main pukul bola asyik pukul angin je. daripada aku pukul bulu tangkis dah macam gaya nak main tennis sampai aku berjaya mewakili pertandingan badminton peringkat negeri. aku rasa lah zaman kegemilangan aku semuanya masa aku form 4 sampai form 5. mewakili sekolah dengan pantun la. syair la. kadang-kadang aku macam tak percaya aku bukan seorang yang lemah  lembut sangat. tapi segala pertandingan yang aku masuk semua nya macam gadis melayu terakhir. kihkihkih.


last but not least, okey macam karangan sekolah bm. aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. eh ? aku nie dah lari tajuk.. larikk !!


hmm. untuk readers blog aku kan. korang baik kan. so aku mintak sangat korang doakan aku esok dapat beraksi dengan baik.. ekekeke... aku rasa esok dah macam bertempur tanpa senjata. entahlah. aku dah bole bayangkan dah sebenarnya esok aku akan jadi batang kayu je kat tengah-tengah padang tu. korang doakan yang terbaik untuk aku ye. terima kasih sangat :') you're such a good freinds !!


sebenar nya bila orang tanya aku , esok aku jadi apa. aku jawab GK. tapi sebenarnya maksud GK pon aku tak tahu.. soobbb sobb sekian bye .

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:02 PM
Reactions: 

0 budak comell doakan mell sihat:

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)