Sunday, March 18, 2012

Jadi Chef

assalamualaikum , selamat petang guys !


sebenarnya dah takde idea nak update blog. jadi, hari nie datang idea bernas nak update resepi masakan la pulak. first time nie. inilah masterchef Malaysia yang seterusnya !! kihkihkih... *presenting our new masterchef miss melina blaaa blaa blaaa*


cara menyediakan Mushroom Spaghetti 


bahan yang diperlukan sebenarnya simple sangat. korang beli spaghetti, daging kisar, kacang peas eh yang warna hijau tu sekali dengan carrot bentuk dadu tu, cili kering yang dikisar, prego sos with mushroom ,bawang merah dipotong dadu dan daun ketumbar. daun sup boleh jugak. tapi aku suka daun ketumbar  :)



prego sos.. curi from Google.. thank you encik Google !






gambar google je.. tadi takde pon ingat nak buat entry pasal nie..thanks encik Google !



potong bawang jadi bentuk dadu.. kemuadian, ambik kuali lepastu panaskan minyak sedikit.. masukkan bawang yang dah dipotong dalam bentuk dadu tu.. lepas dah bertukar jadi warna keperangan sedikit, masukkan cili kering yang dah dikisar tadi.. aku suka letak cili kering sikit..rasa pedas sikit takde laa rasa baby sangat ye makanannya.. 



nie contoh daging kisar ye.. curi dari google. thanks Google !



bila korang tengok cili kering yang korang masak tu dah masak sikit.. warna dah bertukar jadi gelap sikit,, masukkan daging kisar ye.. tapi make sure la korang tunggu daging tu terlerai dulu.. takkan nak masukkan seketul gulpp dalam kuali kot.. kelass kauu :P



bila dah nampak macam dah lembut sikit daging tu,, masukkan la carrot dengan peas yang dadu-dadu, bulat-bulat tu dalam kuali.. jangan lupa masukkan sos preggy prego dalam kuali okey.. hampir nak siap dah nie.. so harap bersabar ye.. tapi jangan lupa.. rebus dulu sphagetti tu.. nanti kang keras keletung pulak sphagetti tu..


rebus macam auntie nie rebus sphagetti okey.. gambar curi from Google lagi.. thank you !




tutupkan api kuali korang tu bila dah masak.. nak letak garam pon letak la.. sesedap rasa korang. jangan masin sangat nanti kena darah tinggi susah pulak.. so,, korang boleh la hiaskan macam mana bentuk korang nak deko korang punya sphagetti tu okeyy.. disebabkan aku nie masak untuk diri aku je,, aku takde la hias bukan main meletop lagi.. haha !!




tadddaaa... sphagetti pemalas aku.. kihkihkih.. selamat mencuba!!



jumpa lagi...bubbyeee ! :)




gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:14 PM
Reactions: 

0 budak comell doakan mell sihat:

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)