Thursday, March 15, 2012

Movie Journey 2 The Mysterious Island :/

assalamualaikum.


tengah malam yang sunyi nie memang jadi favourite time untuk update blog ! weeehuuu ! angah awal-awal lagi dah tido. tinggal kan aku kesorangan sambil menonton cerita Hindustan kat TV. ececehh, layan Bollywood ? ehh itu cerita peveret aku masa kecik-kecik dulu tahu ? dah bertukar hormon nie minat semakin menjurus ke arah cerita fiksyen. aku rasa cerita fiksyen nie lagi seronok tengok dari cerita Bollywood yang sikit-sikit nyanyi, tak sampai seminit dah tukar baju bukan main macam-macam. ahh tak minat :P   * kecuali the hero sooo handsome tu harus lah tengok !


title untuk entry kali nie pasal movie. selama nie kalau tak pasal kisah seharian, pasal novel baru beli, novel yang nak kena baca untuk dihabiskan secepat mungkin. so, Journey 2 ialah movie yang aku maksudkan tu. sebenarnya bila stay dekat rumah angah nie barulah berkesempatan nak layan movie bagai, sebab kat rumah ayah mak , diorang tak kasi, melalaikan katanya. haha, so better stay with my sis and watch the movie which i really want to watch while cuti seminggu nie . eh bole? speaking London Bridge pulaksss :P



semalam la nie.. keluar pi KFC, terus pi kedai CD ajak abang ngah.. sebenarnya masa iklan kat tv pasal movie Journey 2 macam best sangat je.. almaklumlah, awal-awal lagi nampak macam fiksyen yang menarik,, itu pasal la aku terkinja-kinja depan Auntie CD nie bukan main nak beli CD tu boleh ? wakakaka.. takde la terkinja-kinja. buat malu jekk.. dah la pakai baju kurung. ada hati nak terkinja-kinja. what a jerk !



nie air Krushers KFC. aku beli perasa Yougurt Blueberry. it tasted YUMMY !!






sebenarnya banyak pilihan lagi.. gambar nie rompak dekat google. thanks encik Google !



selingan je tu. sebenarnya nak cerita pasal Journey 2. hah, cerita nie bila diamati dengan betul segala betul punya. aku rasa sangat membazir sebab beli CD cerita tu. aduhai. memang la haiwan-haiwan dia kira menakutkan jugak la..nampak jugak la real. tapi tak menarik minat langsung. membosankan betul. sampai aku sempat bancuh air laici lagi dekat dapur. datang balik kat ruang tamu siap skip bagai lagi. haha. boleh nampak tak betapa bosannya disitu ? memanglah tak nampak. sebab tadi aku tengok cerita tu sorang-sorang je tiada berteman :))



gambar curik dekat google ! thx encik Google !!
gambar blurr ! sorry :)






tengok la betapa besar gedabak nyaa lebah dia tu. lebah tu la diorang tumpang naik nak panjat ke gunung. eh ? macam lah aku tak tahu korang tak tengok lebah tu, tengok budak pompuan nie kan ? ecececeh :P
gambar curik dekat google. tq !


cerita nie mengisahkan sebuah pulau, pulau nie pelik sikit. mana binatang yang kecik jadi besar. yang mana besar jadi kecik. macam burung dengan lebah tu.. kan asalnya memang kecik. tapi bila kat pulau nie. mak datok punya la besaqq che habaq pi kat hang. aduhai, cakap slanga Kedah la pulakss.. 




boleh bayangkan tak ? dah macam garuda dah aku tengok.. pheeeuhh !



tapi disebabkan cerita nie tak best. aku betul-betul menyesal sebab aku dah membazir. membazir sebab beli CD tak best nie. aduhai.  beginikah nasib ? anggap jelah sedekah ye adik adik.. okeylah. kakak kau nie nak tidur. hehe.. sila offline chat dan off laptop dan tuppp ! tutup lampu !! selamat malam !


*bestnya!! kawan baik nak kahwin !! yeayyy yeayyy !! excited !! ( dah macam aku pulak yang nak kawin kan? okebye! )

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:11 AM

0 budak comell doakan mell sihat:

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)