Friday, March 30, 2012

Hot

assalamualaikum,

lama dah rasanya tak update blog. masa tak mengizinkan. banyak kerja kena buat, banyak benda kena layan. banyak benda nak kena fikir. sebab tu malam ni rasa nak update blog. phewwww !


title entry macam nak membajetkan diri mungkin ? hot? ape kah ? hot disini melambangkan perasaan aku sekarang. sebenarnya sejak pagi tadi lagi. tapi aku kaburkan dulu perasaan nie. malas nak melayan sangat. at last tak boleh !


firstly, memang dah jenis aku sejak azali lagi. aku tak suka orang paksa-paksa aku buat perkara yang aku tak suka. tak kesah la apa pon yang mereka suruh, sekali aku cakap tak nak. sampai esok lusa, lagi sepuluh tahun maybe sampai aku dah beranak 3 sekalipon jawapannya tetap sama.

secondly, aku tak suka orang nak arah aku itu ini lepas tu goyang kaki. hello ! kau anak VVIP ke apa ? ayah aku pangkat dato' kau tak tahu. dato' cucu dua. kau hadoo? :P


thirdly , ini paling aku tak suka. ada yang sengaja nak malukan diri aku even aku termangu-mangu tak faham apa-apa. spesis nie aku rasa macam nak bagi pelempang free. cuba kalau kau berada kat tempat aku. aku rasa muka kau pon surely merah padam tahan marah pluss malu. tapi tak tahu la kalau memang dalam diri kau tak pernah ada perasaan tu :')












forth, kau hormat aku. aku hormat kau. macam mana kau layan aku. macam tu balik aku layan kau. adil kan ?  baru la fair and square !






sebenarnya entry kali nie malas nak bebel banyak-banyak. mana best sambil typing terbatuk batuk. mana ada feel. okey la stop sampai sini.



bubbyee ! :)

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:25 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, March 24, 2012

Ayam Mayonis

assalamualaikum wbt , selamat petang !!


disebabkan rindukan sangat dekat budak kecik Arif Zharfan yang comel, terus ajak family pergi rumah dia.. selepas beberapa jam, sampai lahh ke destinasi yang dituju.. okey, sampai je terus peluk cium. akulah yang paling excited nak dukung dia. sampai turun-turun je kereta terus lari pecut curi dia dari abang ipar aku. HAHA. am sure dalam hati dia kata buruk benorr perangai maklang aku nie !




*sorry ariff sexy hari nie :)



selepas merelaikan rindu dendam, aku pon ke dapur. rasa macam nak masak sesuatu yang tak pernah masak. terus lahh siang ayam semua yang ada. terus siap-siapkan ayam, nak masak ayam mayonis. ragu-ragu nak buat sebenarnya. sebab tak pernah cuba. tapi akhirnya alhamdulillah.. hasilnya sedap juga :)



bahan-bahan :

1. sedikit halia.
2. bawang putih 3 ulas.
3. bawang merah / bawang besar
4. lada sulah
5.lada hitam
6. mayonis satu pek kecil
7. madu
8. air
9. gula
10. garam


cara-cara :


1. kisar halia, bawang putih, bawang merah dengan campurkan sedikit air.. bahan-bahan yang dikisar nie nak dijadikan sebagai bahan perap ayam nanti. kemudian, asingkan dalam satu bekas yang lain.

2. ambil madu, garam, gula dan lada hitam. masukkan ke dalam bahan-bahan yang dikisar tadi. masukkan dalam satu bekas, campurkan.. masukkan mayonis sekali. kemudian boleh la letakkan lada sulah. ikut la berapa banyak yang korang nak.

3. sedia untuk dibakar dalam oven.

4. sedia dihidang !


mudah kan ? korang boleh la cuba :)


tadda ! siap dah.. dah bole makan :)



selamat mencuba !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:30 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Friday, March 23, 2012

Teka Diri Sendiri

assalamualaikum wbt .. salam jumaat, salam satu Malaysia. *okey semangat sangat !


sebenarnya ada sesuatu yang masih belum pun aku tahu jawapan. jawaan apa? jawapan tentang hati ? ahh susah kan bila semuanya melibatkan hati dan perasaan nie. dan tambah lebih menyayat hati , bila 'dia' yang aku maksudkan tu macam hide something from me :/


gambar nie takde kena mengena dengan entry *harap maklum


tadi ada lah search pasal CIRI-CIRI WANITA YANG DAH JATUH CINTA. alahai skema nye laaa sampai tak tahu apa masalah dengan diri sendiri sampai kena search Google bagai *sila bagi tepukan yang gemuruh.. sobb sobbb :(




bagi meneruskan lagi sesi temu bual kita pada hari ini. marilah kita meneruskan soalan-soalan yang sensetipp nokk.. HAHA.




1 ) Meletakkan jari diantara gigi sambil memandang si sia ? 
--> memang tak lah kan, masa bila pulak la ada masa nak letak jari celah gigi. bajet aku takde keje lain leer tu !!






2 ) Sering mengelip mata daripada biasanya ketika bercakap dengansi sia. Tapi harus pastikan dulu itu bukan kerana mata dia jenis yang berkelip.
--> hmmm macam tak je. sebab aku asyik tunduk malu je. masa bila sempat nak kelip mata ?











3 ) Bermain-main dengan rambut ketika dia sedang menatap si dia.
--> tak lagi. macam mana nyee nak main-main rambut. pakai tudung kot .








4 ) Menyentuh pipi atau mengosok dagu dengan lembut sambil termenung kepada si dia.
--> HAHA, ini paling kelakar. macam mana la nak usik-usik. bajet aku suka la tu main pegang-pegang !







daripada eksperimen yang aku buat nie la kan, makna nya aku tak jatuh cinta lagi la kot? kan ? HAHA, aku rasa eksperimen nie tak boleh nak guna pakai laaa.. 




pesanan buat hati,
teruskan usaha . hari-hari jumpa even malu tapi rasa nak jumpa lagi lagi lagi ? haha. parah !



sekian, bye.



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:01 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Sunday, March 18, 2012

Jadi Chef

assalamualaikum , selamat petang guys !


sebenarnya dah takde idea nak update blog. jadi, hari nie datang idea bernas nak update resepi masakan la pulak. first time nie. inilah masterchef Malaysia yang seterusnya !! kihkihkih... *presenting our new masterchef miss melina blaaa blaa blaaa*


cara menyediakan Mushroom Spaghetti 


bahan yang diperlukan sebenarnya simple sangat. korang beli spaghetti, daging kisar, kacang peas eh yang warna hijau tu sekali dengan carrot bentuk dadu tu, cili kering yang dikisar, prego sos with mushroom ,bawang merah dipotong dadu dan daun ketumbar. daun sup boleh jugak. tapi aku suka daun ketumbar  :)



prego sos.. curi from Google.. thank you encik Google !






gambar google je.. tadi takde pon ingat nak buat entry pasal nie..thanks encik Google !



potong bawang jadi bentuk dadu.. kemuadian, ambik kuali lepastu panaskan minyak sedikit.. masukkan bawang yang dah dipotong dalam bentuk dadu tu.. lepas dah bertukar jadi warna keperangan sedikit, masukkan cili kering yang dah dikisar tadi.. aku suka letak cili kering sikit..rasa pedas sikit takde laa rasa baby sangat ye makanannya.. 



nie contoh daging kisar ye.. curi dari google. thanks Google !



bila korang tengok cili kering yang korang masak tu dah masak sikit.. warna dah bertukar jadi gelap sikit,, masukkan daging kisar ye.. tapi make sure la korang tunggu daging tu terlerai dulu.. takkan nak masukkan seketul gulpp dalam kuali kot.. kelass kauu :P



bila dah nampak macam dah lembut sikit daging tu,, masukkan la carrot dengan peas yang dadu-dadu, bulat-bulat tu dalam kuali.. jangan lupa masukkan sos preggy prego dalam kuali okey.. hampir nak siap dah nie.. so harap bersabar ye.. tapi jangan lupa.. rebus dulu sphagetti tu.. nanti kang keras keletung pulak sphagetti tu..


rebus macam auntie nie rebus sphagetti okey.. gambar curi from Google lagi.. thank you !




tutupkan api kuali korang tu bila dah masak.. nak letak garam pon letak la.. sesedap rasa korang. jangan masin sangat nanti kena darah tinggi susah pulak.. so,, korang boleh la hiaskan macam mana bentuk korang nak deko korang punya sphagetti tu okeyy.. disebabkan aku nie masak untuk diri aku je,, aku takde la hias bukan main meletop lagi.. haha !!




tadddaaa... sphagetti pemalas aku.. kihkihkih.. selamat mencuba!!



jumpa lagi...bubbyeee ! :)




gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:14 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Thursday, March 15, 2012

Movie Journey 2 The Mysterious Island :/

assalamualaikum.


tengah malam yang sunyi nie memang jadi favourite time untuk update blog ! weeehuuu ! angah awal-awal lagi dah tido. tinggal kan aku kesorangan sambil menonton cerita Hindustan kat TV. ececehh, layan Bollywood ? ehh itu cerita peveret aku masa kecik-kecik dulu tahu ? dah bertukar hormon nie minat semakin menjurus ke arah cerita fiksyen. aku rasa cerita fiksyen nie lagi seronok tengok dari cerita Bollywood yang sikit-sikit nyanyi, tak sampai seminit dah tukar baju bukan main macam-macam. ahh tak minat :P   * kecuali the hero sooo handsome tu harus lah tengok !


title untuk entry kali nie pasal movie. selama nie kalau tak pasal kisah seharian, pasal novel baru beli, novel yang nak kena baca untuk dihabiskan secepat mungkin. so, Journey 2 ialah movie yang aku maksudkan tu. sebenarnya bila stay dekat rumah angah nie barulah berkesempatan nak layan movie bagai, sebab kat rumah ayah mak , diorang tak kasi, melalaikan katanya. haha, so better stay with my sis and watch the movie which i really want to watch while cuti seminggu nie . eh bole? speaking London Bridge pulaksss :P



semalam la nie.. keluar pi KFC, terus pi kedai CD ajak abang ngah.. sebenarnya masa iklan kat tv pasal movie Journey 2 macam best sangat je.. almaklumlah, awal-awal lagi nampak macam fiksyen yang menarik,, itu pasal la aku terkinja-kinja depan Auntie CD nie bukan main nak beli CD tu boleh ? wakakaka.. takde la terkinja-kinja. buat malu jekk.. dah la pakai baju kurung. ada hati nak terkinja-kinja. what a jerk !



nie air Krushers KFC. aku beli perasa Yougurt Blueberry. it tasted YUMMY !!






sebenarnya banyak pilihan lagi.. gambar nie rompak dekat google. thanks encik Google !



selingan je tu. sebenarnya nak cerita pasal Journey 2. hah, cerita nie bila diamati dengan betul segala betul punya. aku rasa sangat membazir sebab beli CD cerita tu. aduhai. memang la haiwan-haiwan dia kira menakutkan jugak la..nampak jugak la real. tapi tak menarik minat langsung. membosankan betul. sampai aku sempat bancuh air laici lagi dekat dapur. datang balik kat ruang tamu siap skip bagai lagi. haha. boleh nampak tak betapa bosannya disitu ? memanglah tak nampak. sebab tadi aku tengok cerita tu sorang-sorang je tiada berteman :))



gambar curik dekat google ! thx encik Google !!
gambar blurr ! sorry :)






tengok la betapa besar gedabak nyaa lebah dia tu. lebah tu la diorang tumpang naik nak panjat ke gunung. eh ? macam lah aku tak tahu korang tak tengok lebah tu, tengok budak pompuan nie kan ? ecececeh :P
gambar curik dekat google. tq !


cerita nie mengisahkan sebuah pulau, pulau nie pelik sikit. mana binatang yang kecik jadi besar. yang mana besar jadi kecik. macam burung dengan lebah tu.. kan asalnya memang kecik. tapi bila kat pulau nie. mak datok punya la besaqq che habaq pi kat hang. aduhai, cakap slanga Kedah la pulakss.. 




boleh bayangkan tak ? dah macam garuda dah aku tengok.. pheeeuhh !



tapi disebabkan cerita nie tak best. aku betul-betul menyesal sebab aku dah membazir. membazir sebab beli CD tak best nie. aduhai.  beginikah nasib ? anggap jelah sedekah ye adik adik.. okeylah. kakak kau nie nak tidur. hehe.. sila offline chat dan off laptop dan tuppp ! tutup lampu !! selamat malam !


*bestnya!! kawan baik nak kahwin !! yeayyy yeayyy !! excited !! ( dah macam aku pulak yang nak kawin kan? okebye! )

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:11 AM
0 budak comell doakan mell sihat

Sunday, March 11, 2012

Penat !

assalamualaikum wbt...


malam yang gelap buat mell rasa tak boleh nak tidur. lampu tidur tertinggal dalam kereta boleh ? since dah masuk dalam rumah, dah kunci gate bagai.. seriously dah takde hati nak keluar balik. lebih baik terus masuk dalam bilik dan tuuup ! switch off the light pleasee :)


tapi malangnya, takmo tertidur juga.. terus rasa nak update blog ! hebat bukan. rasanya today almost 3 entry i made it.. wahhhh... haruslah berbangga dengan diri sendiri. blog tempat meluahkan perasaan yang tengah lara macam mell nie... kan?




mell sebenarnya dah tak larat nak layan karenah manusia yang macam talam dua muka, penat sangat. depan kita bukan main dia layan kita macam kita sangat bermakna dalam hidup dia. tapi at last ? susahlah kalau hanya satu pihak yang hanya memberi. memang tak adil kan ? dan yang paling best tak boleh terima dia kata kita macam-macam.. sampai nya usus hati dia.. tapi takpe.. dah mungkin sejak azali lagi dia memang berperangai macam tu.. so untuk diri kita sendiri, kita patut bersyukur.. kita masih dikurniakan dengan sikap yang tak menjelikkan bila orang tengok kita...



















kadang-kadang memang nak marah sangat bila baca dan tengok sendiri apa yang dia tulis.. kenapa pulak dia boleh expect yang mell nie cantik jealous kan dia? itu ke makanan alasan dia yang paling kukuh ? haihhhh, susah susah.. sebenarnya dia tak boleh cakap macam tu. diri sendiri dia dah sukat betul-betul ke ? ahhh.. malas nak fikir.



untuk dia yang bernama nyah wanita, semua orang akan baking awak bila dengar suara gedik manja awak tu.. tapi maaf.,. let tell the truth, am not that hypocrite. bukan saya yang terlalu manja dengan lelaki. itu bukan saya. saya takkan macam tu.. so pleasee,, bila jumpa saya tu, bermanis la muka sikit.. barulah nampak cantik even tak kan ? ehh terasa ? sorry ! :/


gud night ....

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 1:05 AM
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, March 10, 2012

stop being fool dear !

assalamualaikum wbt...


tiba-tiba dengan perasaan marah yang meluap-luap nie mell gagah kan jugak update blog nie.. sebab mell tahu dia yang mell maksudkan nie akan cari jalan untuk baca jugak...


'maaf akan penggunaan aku buat sahabat readers'   entry nie memang mell khaskan buat dia !


buat dia yang mell sendiri tak tahu apa masalah dia sebenarnya, stop being fool. being stupido. i hate u. u get it ? entah la eh. bukan kau ke yang malas nak cara hal aku. alih-alih aku jumpa sendiri dengan mata kepala aku, eyhh... stop la k.. be profesional. buat pengetahuan kau. aku sikit pon tak jeles pada kau. takde apa pon yang aku nak jeleskan. semua-semua nya aku tahu. luar dalam yang tak sepatutnya aku tahu pon dalam poket aku. so pliss.. tak payah nak stalk aku bagai. dah blok my fb from ur list its okey.. its really make me easier.. dont have to see your face. itu dah cukup bagus. dah buang diri aku. jangan gatal tangan nak cuba-cuba cara aku. berhenti la ye. macam mana lah orang lain nak suka kan kau. fikirlah.


sekian !

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:50 PM
0 budak comell doakan mell sihat

happy birthday emak !

assalamualaikum wbt ...



selamat pagi guys.. dah breakfirst ke ? mandi ? gosok gigi atau terus on laptop online facebook mungkin ? tak kesah la korang mandi ke tidak. yang penting niat untuk mengupdate blog pada pagi yang hening ni tercapai :)





hari nie merupakan hari jadi emak tercinta. haruslah tercinta. beliau dah bersusah payah lahirkan mell ke dunia yang disulami dengan pelbagai keindahan nie.. terima kasih emak.. terima kasih kerana susah payah emak membesarkan kakak.. kakak nie dah la nakal. degil pulak tu. tapi kakak la yang paling pandai masak kan ? theeeheee :)  smile again !





selamat hari jadi emak ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, di sihatkan tubuh badan, dikurniakan dengan segala kesenangan di dunia dan akhirat... kasih sayang emak tak dapat nak dibandingkan dengan apa-apa yang lain atas dunia Allah nie.. thanks sebab mak tak jemu jaga kakak.. heheh,, kakak sayang emak ! :)


iloveyou mom ! mmuahh mmuahh :')


till then.. bubbye !

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:49 AM
2 budak comell doakan mell sihat

Friday, March 9, 2012

kenapa dengan cara halus

assalamualaikum wbt ...

title entry macam nak cerita mistik-mistik je.. tapi sebenarnya tak.tiba-tiba tergerak hati nak update blog padahal baru je beberapa hari lepas mell dah update blog kan...


tajuk entry kali nie sebenarnya merupakan sambungan daripada entry yang ini , rasa sebenarnya macam nak tulis panjang-panjang sebab banyak sangat yang terjadi. lagipon blog nie sebenarnya mell dah anggap macam diary mell sendiri. sebab masa kecik-kecik dulu nak merasa ada diary tu memang la boleh. tapi baru je tulis isi hati dah kantoi dengan mak.. wakakaka ! malu boleh ? sudahnya langsung mell takde diary.. baru sekarang nie la bila dah  celik IT baru pandai guna blog bagai nie kan... hehe...




okeylah, mell rasa semua orang tahu. semua orang faham.hati wanita nie sebenarnya terlalu lembut. terlalu lemah sangat. sebab tu kadang-kadang wanita akan lebih cepat sensitif daripada lelaki. mana ada mell penah tengok tiba-tiba lelaki tak tentu pasal mengalir kan air mata mahal diorang tu kan ? tapi apa yang mell tahu, perempuan nie boleh tiba-tiba je menangis. tiba-tiba je sedih... haaa ini sebenarnya dah lebih kepada diri mell je.. ekekke..kadang-kadang mell rasa hormon macam tak reti nak stabil-stabil lagi.. walaupon umur dah menjangkau angka 19. eh, ini alasan untuk orang yang tak nak mengaku yang dia tu sebenarnya kaki touching.. HAHA.. mell lerr tu !





ceritanya macam nie.. 'dia' yang aku maksudkan sebenarnya terlalu dekat dengan mell. bahkan kisah lalu mell dengan 'dia' yang mungkin sedang berbahagia nun jauh di sabah sana tak sama dengan situasi yang mell rasa sekarang. perasaan tu lain sangat. tapi sesungguhnya, betul kata orang, kita tak boleh nak bandingkan yang dulu dengan yang sekarang, pasti akan ada perbezaan yang ketara. nanti semua yang baik nampak jahat. yang baik hati nampak kejam. ehh tu apa yang mell rasa lah kan...





tapi mell dapat rasa ada something yang berlaku antara kitorang. kata orang, dengar kata hati itu lebih bagus daripada mendengar kata daripada mulut orang lain. tapi apa yang sedang hati mell bagi tahu hari-hari nie, asyik bagi jawapan yang positif je.. tak tahu la sama ada hati dia pon sama macam apa yang hati mell rasa ke ? ahhhh parahhhh....



tak tahu kenapa. bila mula bercerita tentang dia.. mell jadi malu. kalau boleh nak pinjam cengkerang kura-kura jiran 40 buah rumah dari taman perumahan mell nie.. aduhai dengar dah macam sesak sangat kan ? hmmm.. yang mendengar dah sesak.. yang merasa lagi terasa seksa jiwa tuu... tahu ?



sebenarnya mell suka dia buat baik dengan mell.. tapi rasa macam dia bagi harapan je. alahai.. susah la.. kenapa baik sangat dengan saya awak ? kesian la dekat saya ni haaaa :/


hatiku milik mu ? :')




tapi mell takde la sampai macam nie ye :)


bubbye !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:06 PM
0 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, March 7, 2012

shopping novels !

assalamualaikum wbt .


hari nie hari rabu. so, hari wordless wednesday lah kan ? tapi disebabkan hari nie macam nak membebel banyak benda dari A sampai Z.. aku tak nak la letak dekat title tu wordless wednesday for today ! :)


back to the mean point ye student. eh ? salah-salah... berbalik semula kepada tajuk utama kita. sila dongakkan sedikit kepala anda untuk mencapai posisi yang sesuai supaya dapat lihat title yang aku telah coretkan tu ? 'ayat aku nie macam skema kan ? bakal cikgu kenalah pronounse BM dengan tatabahasa yang betul okey' :P
( nak pulak aku jadi askar cikgu kan ? okey entry nie kalau kawan-kawan aku baca sure diorang gelak guling-guling dekat aku. lallalaala )


Sabtu baru nie aku ke Putrajaya. pergi rumah kakak kesepuluh sulung aku. tujuan utama nya nak menghantar dia dengan  husband serta anak saudara kesayangan ke KLIA. mereka sekeluarga kena diterbangkan ke Abu Dhabi ataupun UAE sebab husband dia kena kerja sana for a year. so, hari Sabtu tu disebabkan awal lagi. aku pon ajak kakak number dua aku nie pi Alamanda. ehhehe. dalam kepala otak aku yang sangat bergeliga nie dah terfikir MPH, MPH, MPH.. takde benda lain dah yang boleh aku nak fikir. haha. macam lah kat Alamanda tu ada MPH je sebatang kara ye tak ? 'sila kata yes ye'



comel kan penanda buku dia ?







tujuan utama? haruslah nak shopping disana. novel je pon. boleh ? haha. dengan rambang mata. dengan penuh berhati-hati.. maka aku pon pilih la novel yang aku agak mungkin seronok dan feeling untuk dibaca.. cheeewah ! ayat memang tak tahan ye.



novel maid !


novel nie sangat bosan tebal ye. 752 helaian muka surat semuanya. membaca sambil baring boleh menyebabkan kau orang punya tangan dengan tengkuk lenguh tahap tak boleh rasa dah kelenguhan nya tu. sebab berat sangat ! sinopsis dia. aku malas nak ceritakan la.. sebab tak baca lagi. ekekeke... kalau nak tahu boleh pakcik Google je okey :)










novel nie pon best agaknya. tak boleh nak komen.sebab tak baca lagi. plann nak baca next week bercuti kat rumah angah. bosan-bosan boleh baca jugak kan ? :) 
yang ini pon sama. nak sinopsis boleh cari kat pakcik Google eh. mell nie pemalas sikit ! ekekeke...





okeylah.. sampai sini je la eh... sebenarnya masa pi kat KLIA tu pon ada beli novel lagi.. tapi rasanya entry nie dah panjang ke bawah sangat. takut ada yang muntah pulak nanti baca panjang-panjang.. kihkihkih... bajet betul owner nie blog dia macam la ada readers.. haha... 


till then... bubbyee ! :)


gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:57 PM
0 budak comell doakan mell sihat
 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)