Sunday, December 18, 2011

jerawat ? mari cuba petua ni :)

assalamualaikum and hye ! malam malam macam nie terasa agak susah nak melelapkan mata. mata asyik terkedip-kedip minta dijamu dengan cahaya laptop. so, inilah hasil daripada kajian yang telah dijalankan. okey back to the story yeah. jom nak share petua sikit. kaum-kaum hawa kat luar sana mesti berperang dengan masalah jerawat bukan ? especially dekat area T-zone. biasa lah hormon wanita ni memang tak menentu. tapi yang lebih mengujakan aku, bukan kaum wanita je okey yang ada masalah jerawat nie. kaum lelaki pon tak terkecuali dalam melalui ujian-ujian yang berat sebegini. okey let the story begin ! hooyeah !





actually petua nie ada macam-macam. nak tahu berkesan ke tidak kena lah cuba semuanya tanpa berputus asa.  aku pon ada jugak dengan masalah jerawat nie. tapi kena la ada daya usaha kan. alah kau nak handphone bukan main sungguh kau cari duit kan. apa handphone yang menjadi kegilaan ramai sekarang nie ? samsung galaxy siri tu ye ? takpe lah mari kita sama-sama memendam rasa je lah ye. duit pon tak cukup. haha. okey okey tampar aku cepat supaya aku sedar aku nie dah lari topik. #terimakasih.




petua pertama : daun jambu batu. 
Yang pucuk dia muda-muda tu kau kutip. yang nie aku percaya sangat okey, aku pon memang dah cuba la dulu-dulu. kau amalkan dalam seminggu je insyaAllah memang berdesup la jerawat kau bertempiaran lari. tapi kena tengok jugak lah kau tu jenis jerawat apa. jerawat pasir tu aku confirm cepat hilang. jerawat secara kecil-kecilan pon  okey jugak. masih boleh jalan. ambik yang muda muda daunnya tu kan, korang tumbuk la halus-halus tepek kat muka yang ada jerawat tu. biarkan la ia meresap ke dalam kulit. agak-agak dah kering boleh gi cuci muka tu. lakukan selama seminggu tengok perubahannya okey. hah yang niu untuk mereka yang duduk dekat bandar-bandar besar tu, mana nak jumpa kan pokok jambu nie. so ini lah gambar yang aku google tadi.


daun jambu batu




petua kedua : daun teh hijau. 
yang nie aku baca kat google. aku pon tak tahu la celah mana nak cari daun teh muda lagi bewarna kehijau-hijauan. kena pergi Cameron Highlands aku rasa. haha, pandai-pandai la buat trip ke sana ye ! okey yang ni caranya lagi mudah dan senang sangat-sangat. kau orang cuma perlukan secawan air yang berisi air panas. letak kan daun teh tadi yang korang petik tu dalam cawan. dan kau buat la macam pak cik bomoh yang tengah asap asap kan dekat muka kau. atau lebih tepat di kawasan yang ditumbuhi jerawat tu. amalkan selalu insyaAllah berkesan.



daun teh



petua ketiga : kayu manis
yes, memang kayu manis yang mak kau orang buat masak-masak kat dapur tu. cara yang ini pon simple jugak. cuma korang ambik la beberapa batang kayu manis nie. tumbuk bagi lumat atau  pun halus-halus. kalau ada batu giling kat dapur korang tu ambik dan giling lah ye. tak kan cara nak giling sampai lumat pon aku nak ajar. haha ! lepas dah halus dah, campur kan sedikit titisan air dan sapukan la dekat jerawat korang. yang ini pon aku penah cuba. tapi hati-hati sikit la pesanan aku. ada sedikit rasa pedih. ataupun mungkin sebab jerawat aku masa tu dah luka aku main-mainkan dengan jari. ada kesah ? hah cuba la selalu ye insyaAllah berkesan. cara ini jugak sesuai untuk menghilangkan parut-parut di muka mahupun di bahagian-bahagian yang lain. tapi kalau bab parut nie mestilah kena amalkan selalu, sekali pakai terus hilang apa kau ingat magik ke apa ha ?




kayu manis 'aku dah siapkan giling untuk kau orang lagi' baik kan aku ?







petua keempat : bedak sejuk dan garam
yang ini lagi lagi la simple ! campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. selawat pada Nabi 3 kali. sapukan di muka dan ditempat yang ditumbuhi jerawat korang tu. insyaAllah jerawat beransur hilang :)





bedak sejuk. 'aku pon pakai tahu? sejuk je muka.






okeylah aku rasa petua yang aku share dengan korang nie cukup membantu tak kira la perempuan ke, lelaki ke nak cuba pon takde masalah. yang penting ianya tak bahaya sebab dibuat secara tradisional. even bedak sejuk pon boleh buat sendiri tau tapi kena simpan berbulan-bulan itu la yang penat nak tunggu tu. hehe. ubat moden pon boleh guna jugak tapi jenis kulit macam aku nie memang tak jalan. so macam nie lagi senang cuma kena rajin pi dapur dan belek-belek kabinet dapur pastu cari la apa yang patut. okeylah selamat mencuba !







produk penjagaan muka ketika di bilik mandi mahupun sebelum tidur :)




gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:28 PM
Reactions: 

0 budak comell doakan mell sihat:

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)