Tuesday, January 17, 2012

cinta itu bahgia, bukan terseksa .

assalamualaikum. hye korang. tengah buat assignment ke ? assignment aku sekejap lagi nak sambung. weeeee~
sihat tak ? makan malam dah ? iron baju dah ? mandi mesti belum kan ? ek =,=''



entah kenapa malam nie memang rasa nak letak title entry macam tu. aku suka dengan frasa yang aku buat tu. umum dah tahu sememangnya manusia yang mendambakan cinta itu sangat menginginkan cinta yang benar-benar membahgiakan. baik sebelah pihak mahupun kedua-dua belah pihak. tapi yang paling aku tak suka bila ada pasangan kekasih yang hanya mampu memberikan penyiksaan kepada pasangan masing-masing. apasal nie ? janji dulu sebelum couple bukan main berjanji susah senang dikongsi bersama, cubit peha kanan awak, peha kiri saya pulak yang rasa, hidup mati biarlah bersama supaya nanti masing-masing tak meratapi kematian siapa-siapa kan ?



cakap awal-awal aku memang tak berkenan spesis macam ini. menyusahkan diri, jiwa, sanubari dan macam-macam lagi. lagi tambah masalah siap tambah mak ayah masuk sekali. hello bro! tak cukup kau menyusahkan kekasih kau ini kau pulak nak tambah menyusahkan wanita yang melahirkan kekasih hati yang sangat kau puja tu dan bapa kekasih kau tu. tolong lah ye lelaki. macam mana lah wanita nak hormatkan kalian kalau kalian sendiri bertindak mengikut kepala lutut kalian sahaja. be matured okey. nak jadi keluarga kena la think positive, not emosional ini tak. emosi mengalahkan kaum perempuan tipa-tiap bulan. sekali lagi entah, entry aku kali ini menyentuh sensitiviti sedikit. maaf. 





kisah ini bukan terjadi dekat diri aku yang serba kekurangan nie, malah takde lelaki pon nak  kan aku macam   nie. eh ? rendah diri nye aku.* bagus, itu satu tuntutan. weee wwweee ;P





kesian melihat dia yang saban hari semakin buntu memikirkan soal kehidupannya di kemudian hari. bayangan kekasih lama dia masih mengekori setiap kali dia cuba melarikan diri. 'dia' yang aku maksudkan bukanlah telah melakukan kesalahan yang berat sehingga wajar di hukum sebegitu rupa. walhal sepatutnya jalan cerita ini tak sepatutnya terjadi. ianya seolah-olah memutuskan semangat dia. ( sekali lagi diingatkan, 'dia' yang dimaksudkan bukanlah tuan punya blog ini howwkeyhh )





siapa dia gerangan lelaki ini ? pemburu binatang liar di hutan kah ? peragut bersiri kah ? penyanyi di kali lima kah ? atau kenalan rapatnya kah ? memang dia kenal dengan lelaki ini pada sebelum ini. macam yang dah aku cakap kan tadi. malas dah nak ulang, tapi kena ulang jugak. berjanji bagai. cinta sesejuk peti ais. sepanas air kopi untuk dihidang kepada nenek. hebat bukan janji mereka ? tapi malang. manusia memang hebat dalam hal berjanji-janji nie. tapi memungkiri janji paling hebattt. tanpa kita sedar pon ianya boleh terjadi. meh nak share  sikit, " orang yang memungkiri janji ini adalah ciri-ciri orang munafik"... takut kan ? haaaa, mintak dijauhkan :)





berbalik kepada kisah tadi, lelaki yang dimaksudkan ini boleh diibaratkan macam dah ludah jilat balik. kalau dengar pon macam geli. baca lagilah. buat lagi la kan. haaaaa. memang tak sanggup makkk~
pesanan buat lelaki, sekali kalian dah maki kekasih korang, cakap bukan-bukan, buang diorang macam sampah alam flora. jangan ingat diorang nak kutip korang balik. even kalian betul-betul insaf tapi tak mungkin parut di hati wanita tu akan hilang. hati wanita nie lembut tahu. alahh, korang tahu tapi berlagak macam tak tahu lepas tu merayu melutut banyak kali pura-pura memang tak tahu. angin !




heyy, tak baik macam tu. jangan ingat lelaki je boleh ego. wanita pon ada. sila lah sama-sama saling menghormati. kalau kalian paksa dia untuk berbalik semula tapi hati dia dah kosong. kahwin pon takkan bahgia. dapat anak pon belum tentu lagi lah kan. manusia nie konon je tak suka, benci , tak sefahaman tapi tupp tupp sepuluh anak haaa. ingat kan boleh beebaik lepas tu tapi. kirim salam !




tak rugi pon kalau sama-sama menghormati. benda yang lepas jangan dikenang. orang dah tak suka jangan jadi perigi cari timba. tak best okey. kalau kawin pon mesti tak romantic macam edward dengan bella sebab masing-masing masam muka. dan yang penting bila orang dah taknak tu jangan guna kekerasan. lagi la dia menyampah, nak terima balik pon rasa macam sampah tahu. nak anak patung pon mintak baik-baik tau. inikan pulak anak manusia. tolong la bertindak macam korang tu berpelajaran walaupun korang Bm dulu separas hidung je kan.






p/s : kawan makan kawan dah biasa. kawan tinggalkan kawan untuk berjaya pon dah biasa. kawan makan cendawan dengan kawan je belom lagi :P





gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 10:08 PM

4 budak comell doakan mell sihat:

Bulan Syurga Firdausi on January 18, 2012 at 12:23 PM said... Reply To This Comment

hehehe suke statement last tu :)

meileinna.mell on January 18, 2012 at 8:35 PM said... Reply To This Comment

@Bulan Syurga Firdausi heeee thx :)

suzie rahman on January 18, 2012 at 9:21 PM said... Reply To This Comment

chill lh syg.dunia ni mcm2 lor..jom mkn cendawan.

meileinna.mell on January 18, 2012 at 9:28 PM said... Reply To This Comment

@suzie rahman cendawan goreng salut tepung pon sedapp :)

Post a Comment

 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)