Wednesday, November 7, 2012

Berhabuk

assalamualaikum :)
 hmmm ekceli tak tahu nak menaip apa. tiba-tiba je tadi teringatkan blog yang dah bersawang, berhabuk ataupun mungkin dah membiak kot labah-labah jadi SPIDERMAN... okeyy TIPU JER..

seriously memang lama sangat dah ha tak membebel dekat blog sendiri. asyik baca blog orang je. blog sendiri terabai. nie baru blog. belum suami, anak, cucu cicit yang sedang berada kat rumah tu kan.... OKEYY TIPU LAGI...

sebenarnya, bila check semula dekat published tu. tengok semula last date blog nie di update ialah pada tarikh 8 haribulan 7 tahun 2012. whattt aaaa !! ? erkk? pemalasnya haku nie. hahaha,
punyalah lama tak update vlog sampai tengok-tengok je semua benda dah berubah. sampai nak cari kat mana nak buat new entry pon tak jumpa. sadis kan ? memang sadis. tapi takde lah sampai berkudis. tu mesti tak mandi kan ? :P

erm erm erm. takde ape sangat pon nak share.. nak share pasal tudung pon, sampai jual tudung bawal beralih ke shawl half moon dah. tapi tak update-update jugak. kekekeke. bukan tak nak update, biasanya kalau sampai kat FB, mesti terus berhenti kat situ. tak bergerak kat mana dah. tapi insyaAllah batch yang akan datang nie mell usahakan dengan seRAJIN mungkin untuk update kat sini okey ?


hmp sampai sini je lah.panjang umur, ada masa, mell update lagi. tulis panjang-panjang pon diri sendiri tak rajin miahahaha.





lagi pulak, exam is around the corner. tapi kenapa entah, tinggal dua minggu je lagi macam tu. tapi sebenarnya, tapi kenapa rasa takut tu tak muncul-muncul lagi ?  =='

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 10:39 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Tuesday, August 7, 2012

Teka Apa Yang Lain Dalam Blog Nie ? :')

assalamualaikum,,,

ini namanya budak pemalas update blog. miahaha. nak taip sekerat cenonet je memandang bilik nie kesejukan diselubungi aircond yang sejuk, jadi nak taip ciput je sebab jari-jemari macam dah kejong dah ni haaaa. kekeke.


okey, teka lah apa yang beza dalam blog mell nie ? siapa dapat teka, mell belanja aiskerim 2o sen huahaha. okeyy bye, nanti sambung lagi :P


*inshaAllah mell akan cari masa lapang sikit untuk update blog pasal tudung bawal untuk korang pakai raya nanti. sekarang busy sikit pasal apa this two weeks ada EXAM laaa  ... nie pon curi masa sikit sebab esok ada EXAM lagi until next week  T.T

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:22 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Sunday, July 15, 2012

kisah yang tak berapa nak kisah sangat ~

assalamualaikum wbt...

hah dah kenapa pulak title entry macam tuh ? jawapannya, biarlah aku sahaja yang tahu. muehehee... okeylah. first of all.. sorry dah termungkir janji, haritu janji nak update tudung bawal crown tapi sampai sudah tak update-update dekat blog.. dari ada berpuluh-puluh helai sampai tak tinggal sehelai pon yang tinggal.. alhamdulillah jualan tudung sangat mendapat perhatian dari semua pihak terutamanya dari warga FB.. inshaAllah dalam next week akan sampai tudung berlainan jenis pulak... semoga nanti mell akan update di blog yahh... hehehe... entahlah bukan apa kadang tuh nak menaip panjang-panjang dekat blog macam takde kerajinan yang hakiki pulak. phewwwww...

*okeylah back to the main story yahh..


punca nya malam tadi ada yang telah mengusik tangkai hati nie tanya soalan yang berbaur kesedihan. cheeewah. iyeke ? iyelah.. theeeheee :')

macam nie.. untuk kesekian kali nya.. i've tried all my best to make our relationship keep stronger dari hari ke hari.. tapi kuasa Allah kita tak boleh nak tolak kan... kita kena redha dengan apa yang Allah dah janjikan untuk kita.. pada mulanya sedih, kecewa, dukacita, dan macam-macam lagilah perasaan yang tak boleh nak digambarkan... iyelah kan.. berapa lama dah mell meniti hari hidup dengan dia.. even jauh di mata tapi tetap dekat di hati.. ngehngehngeh... tapi betul lah kan.. dah nama nya setia, apa yang kita buat sedaya upaya nak mengutuhkan lagi hubungan yang dah sedia ada... tapi macam became worse. takpelah.. kalau seorang sahaja yang nak mempertahankan hubungan tak kan kemana jugak kan... so, pasrah dengan ketentuan Ilahi.. sobsss sobbs :/


bila dah jadi camnie, kena lah masing-masing muhasabah diri.. kenapa jadi camnie... kenapa jadi camtuh... setelah di darab, bahagi, tambah dan tolak sedikit mengikut buku matematik... dan segala jawapan nya telah pon di hipothesis kan... sepatutnya,, aku dah boleh nampak perubahan yang dia tunjukkan dekat aku... tapi aku nie agaknya slow sangat asyik pending je... so inilah akibatnya... tapi takpe... pengalaman yang pahit nie akan mengajar kita sebagai manusia agar lebih berwaspada pada masa akan datang.. dan mungkin ada hikmah di sebalik apa yang dah berlaku nie kan,,,


manalah tahu tiba-tiba aku yang tak seberapa nie dapat yang lebih baik, lebih beriman, lebih penyabar, lebih menghormati ibu bapa, lebih memahami aku, lebih suka mengajar aku, lebih suka menasihati aku, lebih suka membebel hari-hari macam mak nenek dekat aku suatu hari nanti kan... eh segalanya lebih la yang aku harapkan untuk masa hadapan...


memaafkan dia ? tiap hari aku memaafkan dia... walhal dah tak ingat dah pon apa kesalahan dia pada aku.. aku cuba bertindak matang. malas lah disebabkan hal yang kecik langsung putus persahabatan,,,


dan semalam... emak belek-belek gambar dia.. mak cakap dia handsome.. ada lesung pipit.. hidung mancung, haihhh emak sengaja nak aku sedih balik tiba-tiba.. adehhh... pastu, bila mak dah tengok aku cam dah lain macam.. mak pujuk, dia cakap lah.. dia dah ada girlfrend lain tuh kakak.. sebab tu dia buat tak kesah je.. hmpp.. mungkin jugak.. mungkin tak.. entah tak pelik la aku ada ke tidak kekasih baru dia tuh. orang handsome jalan kat mana pon orang tetap nak pandang tak kisah lah dah ada girlfren ke tak...

semoga dia dapat kekasih yang boleh bersabar hingga ke tahap maksima. boleh faham perangai dia supaya nanti takde lah hari-hari abis kredit sebab nak pujuk orang merajuk or whateva. malas dah nak fikir.. fikir banyak-bayak pon.. discuss banyak kali pon sesama aku jugak balik-balik yang nak disalahkan.. serupa tak payah... boleh darah tinggi aku.. elok-elok sihat terus demam macam malam tadi... masuk dalam selimut tutup kipas tidur sambil menggigil.. dah kenapa?


*terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku mengenalinya sehingga aku dapat belajar erti kesabaran. bertindak menjadi wanita yang matang dan mengajar aku apa erti sebuah perhubungan*



sekian,

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:02 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Tuesday, June 26, 2012

Bawal 2 Tone !!

assalamualaikum wbt . . .


lama sangat rasanya tak update blog. mungkin kalau blog nie boleh bercakap, hari-hari dia dah bising sambil baling heel dekat muka. HAHA..

actually nak update blog pasal bawal 2 tone yang memang tengah lariss. sebelum nie asyik tengok orang je buat bissness.. macam seronok je kan ada ramai feedback.. jadi, alang-alang bawal 2 tone nie memang dah cantik, berkualiti and mudah nak dibentuk. so mell pon ambik kesempatan nak share jugak dengan korang.. buat masa nie, ini contoh tudung bawal 2 tone yang mell akan jual. ini contoh sahaja tau.. kalau berminat. bagi tahu nak colour ape, mell akan update kat korang..

next week akan sampai lagi banyak bawal nie..so nantikan ye.. mell akan upload semua yang sampai nanti.. batu atas kepala "crown" tu berkualiti so no worries dia tak berkilat ke apa.. yang penting senang je nak bentuk especially untuk kaum Hawa yang nak cepat-cepat siap ke kelas :')







tudung bila dilihat dari atas :)







dua tudung nie contoh sahaja.. next week mell akan upload lagi ye.. harga best price mell bagi :') 



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:39 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, June 2, 2012

Fruit Cocktail !!

hye assalamualaikum and may u all have a good night . good night ? yahhh good night lahh aper lagi kan ? LOL.

sebenarnya nak buat fruit cocktail nie sebab Suela a.k.a friend a.k.a neighbour yang teringin sangat nak makan cocktail nie. since dia tak balik lagi dari UMK, dia dah mintak saya tolong buatkan untuk dia.. sejak-sejak dia further study dekat UMK nie keinginan nak makan nie semakin membuak-buak lagaknya... *ayat SPM sangat ye*


so, selepas layan wayang movie Snow White and The Huntsman.. kitorang pon singgah market beli barang-barang nak buat cocktail nie... penyediaan dia simple sangat ye kawan-kawan.. mintak tolong adik yang tengah Pra pon boleh sebab soo simple okey ! *tapi malangnya adik saya ada sorang je, itupon dah tingkatan 4.. sobbbs*


bahan-bahan :

2 tin susu cair ( tak kesah lah apa brand pon janji halal )
1 tin buah-buahan campur
1 tin buah peach
1 tin rambutan
1 tin laici
1 tin nenas


cara penyediaan :

1. campurkan kesemua bahan yang dah dibeli tadi. hati-hati bila membuka tin tu ye. jangan sampai terluka jari okey. nanti mood nak makan koktail hilang gedebushhh ! airnya korang buang tau. jangan ambil. nanti rasa lain pulak dah tak sedap seperti yang diinginkan.


2. tuangkan susu cair di dalam jug mahupun bekas yang sesuai setelah dicampurkan kesemua bahan-bahan tersebut.

3. boleh hidang dah ye. kalau nak hasil yang lebih menyelerakan lemak berkrim *over, takdelah sampai lemak berkrim dah macam taruk santan kelapa. auta betul * 
hidangkan dengan ais atau pun boleh jugak simpan dalam peti sejuk dulu pastu bolehh makan !











nyummm nyummm sedapnya !




selamat mencuba !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:02 PM
Reactions: 
1 budak comell doakan mell sihat

Thursday, May 31, 2012

Novel Baru !

hye assalamualaikum... selamat petang, selamat bercuti dan selamat minum petang ! eh, boleh ?

tadi sampai awal dekat mall. jadi terus beli tiket dulu sebab ingatkan mungkin disebabkan movie baru kan, first day pulak tu. mungkin tiket habis or sit dah penuh dengan manusia-manusia yang dahagakan panggung wayang..
tapi , so suprisingly takde orang pon yang beratur over sangat macam tengok Miror Miror mahupun Battleship..



dari beberapa minggu yang lepas niat di hati nak tengok Snow White and The Huntsmen. tapi bila tengok dekat showtime ada pulak Piranha 3DD kan.. nampak sangat Piranha tersebut telah menggoda jiwa wanita. huh ! tapi tak best pon. membazir tiket je boleh ? tapi untunglah murah je harini cuma RM6 je :')





saya punya lah muka excited bila Tieka cakap, nanti ada spek 3D tu. excited punya excited rupanya takde pon :'(


malas la cerita pasal movie yang tak best tu. tapi yang best nya saya beli novel baru tadi.... cari punya cari.. baca sinopsis sampai nak terkoyak kulit novel pastu jumpa satu novel nie... Cinta Kontrak !


tadda !!



Sinopsis Cinta Kontrak 

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

*sinopsis ihsan dari sini :')



baru je beli tadikan, so tak habis explore lagi... harap-harap seronok la kan ? thanks for reading !



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:40 PM
Reactions: 
4 budak comell doakan mell sihat

Friday, May 11, 2012

Tengok Wayang Pfffttt

Assalamualaikum dan selamat petang !!

Title entry macam baru je sangat kan pergi tengok wayang ye tak ? padahal minggu lepas je kot.. minggu lepas pi tengok BATTLESHIP dengan Artieka... malangnya tak boleh la kan nak tag nama dia ke apa sebab dia takde blog... so tika,, pleaseee buat blog cepat sikit... kekeke...


mulanya masa mula-mula BATTLESHIP keluar panggung masing-masing dekat Facebook dok update status BATTLESHIP macam nie :

1.   best nye BATTLESHIP, tak sia-sia beratur panjang-panjang tunggu turn beli tiket.
2.   awesome nye BATTLESHIP,,, best macam nak tengok lagi.
3.   BATTLESHIP...best nyaa.. hero pon handsome... *haaaa itu saya la tu yang update status dekat    Facebook.


nampak tak ? memang kalau awak semua yang baca status diorang pon akan rasa macam nak jugak tengok ye tak ? so , apa lagi.. set dengan Tika. pastu pergi tengok wayang !!


*tiket wayang by own... tak boleh nak edit letak nama blog sebab laptop baru beli, software edit gambar pon takdo lagi =.=''


mula-mula sampai je... Ya Allah mak datuk nenek cucu cicit pak cik mak cik punya lah ramai... saya pon tak faham.. punya la pagi kitorang sampai kat situ...*okey tipu.. tak sampai pagi sangat pon kan.. pukul 11.30 je haaa sampai dekat mall tu... bukan pon jauh dari rumah pon.. kekeke

beratur beli tiket,, beli tiket wayang BATTLESHIP 2D..3d takde ek ? kalau ada mungkin effect air yang berkocak-kocak dekat laut tu nampak lebih real mungkin?
masukk-masuk wayang dah start,,, so duduk je lah... pandang-pandang belakang masyaAllah penuh orang cina... tolak saya ngan Tieka je la Melayu? tapi tu pon bukan tulin... nenek saya kan Cina.. ok, makna nya Tieka je la yang Melayu? soobbbbsss =.=''






malas nak taip panjang-panjang sebenarnya... tapi yang paling best nya adalah jalan cerita nya yang best dan menarik... tentang Navy... aduhai... handsome sangat laaa kan hero dia Alex Hopper nie... sampai tidur malam tu termimpi-mimpi ibarat cerita Titanic berdua dengan dia atas kapal... *hah kena tipu.



handsome kan ? huahaha




kacak bukan ? tapi EdwardCullen tetap di hati makss... heeehooo :')



bubbyeee !

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:35 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Sunday, April 29, 2012

Tak Tahu

hye selamat malam semua.. dah lama sangat dah tak update blog.. bz sangat gaya nya dah mengalahkan PM kan ? kekeke.. saya yakin semua orang tengah syok diulit mimpi.. kan ? best  nyaaaa !!


manusia nie kadang-kadang pelik kan ? sekejap benci, sekejap sayang, sekejap tinggalkan macam tu je. elok ke macam tu ? sometimes kita sebagai manusia nie kena mengungkit sikit. bukan atas dasar apa.. tapi dengan tujuan supaya dia yang berkenaan dapat sedar, dapat tahu.. yang dia tu sebenarnya dah lari sangat dari landasannya.. entahlah, saya cuba bertindak profesional...*wah wah, dah macam MUA okey. bahahaha*
tapi malangnya, dia yang berkenaan tu macam makin lama makin tak faham bahasa pulak gayanya. naik meluat pon ada.. masing-masing dah besar panjang kot.. dah macam-macam benda dalam dunia dah try buat kan.. tapi kenapa la bila hal remeh temeh macam nie boleh jadi sesuatu yang macam takde akal ?


Allah bagi kita akal fikiran untuk fikir mana baik mana buruk.. bukannya all the time babbling tak henti-henti pulak kan ? people sometimes should think more than twice before do something...tak setuju ? takpe.. ini pendapat saya sahaja ye..



janganlah terus terusan menghentam insan yang lemah.. kadang-kadang kita sebagai manusia nie cakap semua nya tak nak kalah.. even kita salah pon masih lagi nak pretend diri tu betul..macam menegakkan benang yang basah *okeyyy harini murid-murid dapat belajar satu peribahasa yaaa :')




hidup atas muka bumi nie jangan lah sombong sangat... mati nanti bukan kita sendiri uruskan diri kita.. kita terpaksa meminta bantuan orang lain.. takkan ke mana sombong awak tu... jangan lah terlalu membangga diri sebab segala galanya akan memakan diri awak sendiri...


saya sebenarnya dah malas nak bahaskan soal nie.. bosan dah.. penat dah tahu tak? dah macam naik tingkat 45 guna tangga boleh ? tolong lahh.. benda simple as ABC pon nak dipanjangkan-panjang kan... tak perlu lahh kot nak bandingkan siapa hebat siapa lemah.. di sisi Allah semuanya sama sahaja.. yang membezakan nya hanyalah amal kebaikan yang telah kita semua lakukan..



saya percaya masing-masing ada kelebihan masing-masing.. tak perlu nak bahaskan siapa bagus siapa tidak.. semuanya sama.. awak hanya nampak keburukan manusia dari sisi yang berbeza, tapi awak tak sedar betapa banyak keburukan yang awak ada tetapi terang-terang dah dapat dilihat oleh orang lain...


sekian,

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:07 AM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Friday, April 13, 2012

Rindu Baby Arif Zharfan

assalamualaikum. ekcelly dah lama sangat dah rasanya tak update blog. kihkihkih. sesungguhnya dah tak tahu nak tulis apa. boleh ? kali nie nak update gambar baby Arif je lahh sebab maklang rindu dia sangat,. dah la esok tak dapat jumpa dia sebab ada seminar Pengajian Perniagaan dekat PPD esok. lepas tu pulak kawan-kawan ajak berjimba-jimba untuk ke bandar. haha.

















































tak boleh nak upload banyak sangat gambar ariff nie haa internet 'laju' sangat. hehe. okey bye !

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:29 PM
Reactions: 
1 budak comell doakan mell sihat

Friday, March 30, 2012

Hot

assalamualaikum,

lama dah rasanya tak update blog. masa tak mengizinkan. banyak kerja kena buat, banyak benda kena layan. banyak benda nak kena fikir. sebab tu malam ni rasa nak update blog. phewwww !


title entry macam nak membajetkan diri mungkin ? hot? ape kah ? hot disini melambangkan perasaan aku sekarang. sebenarnya sejak pagi tadi lagi. tapi aku kaburkan dulu perasaan nie. malas nak melayan sangat. at last tak boleh !


firstly, memang dah jenis aku sejak azali lagi. aku tak suka orang paksa-paksa aku buat perkara yang aku tak suka. tak kesah la apa pon yang mereka suruh, sekali aku cakap tak nak. sampai esok lusa, lagi sepuluh tahun maybe sampai aku dah beranak 3 sekalipon jawapannya tetap sama.

secondly, aku tak suka orang nak arah aku itu ini lepas tu goyang kaki. hello ! kau anak VVIP ke apa ? ayah aku pangkat dato' kau tak tahu. dato' cucu dua. kau hadoo? :P


thirdly , ini paling aku tak suka. ada yang sengaja nak malukan diri aku even aku termangu-mangu tak faham apa-apa. spesis nie aku rasa macam nak bagi pelempang free. cuba kalau kau berada kat tempat aku. aku rasa muka kau pon surely merah padam tahan marah pluss malu. tapi tak tahu la kalau memang dalam diri kau tak pernah ada perasaan tu :')












forth, kau hormat aku. aku hormat kau. macam mana kau layan aku. macam tu balik aku layan kau. adil kan ?  baru la fair and square !






sebenarnya entry kali nie malas nak bebel banyak-banyak. mana best sambil typing terbatuk batuk. mana ada feel. okey la stop sampai sini.



bubbyee ! :)

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:25 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, March 24, 2012

Ayam Mayonis

assalamualaikum wbt , selamat petang !!


disebabkan rindukan sangat dekat budak kecik Arif Zharfan yang comel, terus ajak family pergi rumah dia.. selepas beberapa jam, sampai lahh ke destinasi yang dituju.. okey, sampai je terus peluk cium. akulah yang paling excited nak dukung dia. sampai turun-turun je kereta terus lari pecut curi dia dari abang ipar aku. HAHA. am sure dalam hati dia kata buruk benorr perangai maklang aku nie !




*sorry ariff sexy hari nie :)



selepas merelaikan rindu dendam, aku pon ke dapur. rasa macam nak masak sesuatu yang tak pernah masak. terus lahh siang ayam semua yang ada. terus siap-siapkan ayam, nak masak ayam mayonis. ragu-ragu nak buat sebenarnya. sebab tak pernah cuba. tapi akhirnya alhamdulillah.. hasilnya sedap juga :)



bahan-bahan :

1. sedikit halia.
2. bawang putih 3 ulas.
3. bawang merah / bawang besar
4. lada sulah
5.lada hitam
6. mayonis satu pek kecil
7. madu
8. air
9. gula
10. garam


cara-cara :


1. kisar halia, bawang putih, bawang merah dengan campurkan sedikit air.. bahan-bahan yang dikisar nie nak dijadikan sebagai bahan perap ayam nanti. kemudian, asingkan dalam satu bekas yang lain.

2. ambil madu, garam, gula dan lada hitam. masukkan ke dalam bahan-bahan yang dikisar tadi. masukkan dalam satu bekas, campurkan.. masukkan mayonis sekali. kemudian boleh la letakkan lada sulah. ikut la berapa banyak yang korang nak.

3. sedia untuk dibakar dalam oven.

4. sedia dihidang !


mudah kan ? korang boleh la cuba :)


tadda ! siap dah.. dah bole makan :)



selamat mencuba !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:30 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Friday, March 23, 2012

Teka Diri Sendiri

assalamualaikum wbt .. salam jumaat, salam satu Malaysia. *okey semangat sangat !


sebenarnya ada sesuatu yang masih belum pun aku tahu jawapan. jawaan apa? jawapan tentang hati ? ahh susah kan bila semuanya melibatkan hati dan perasaan nie. dan tambah lebih menyayat hati , bila 'dia' yang aku maksudkan tu macam hide something from me :/


gambar nie takde kena mengena dengan entry *harap maklum


tadi ada lah search pasal CIRI-CIRI WANITA YANG DAH JATUH CINTA. alahai skema nye laaa sampai tak tahu apa masalah dengan diri sendiri sampai kena search Google bagai *sila bagi tepukan yang gemuruh.. sobb sobbb :(




bagi meneruskan lagi sesi temu bual kita pada hari ini. marilah kita meneruskan soalan-soalan yang sensetipp nokk.. HAHA.




1 ) Meletakkan jari diantara gigi sambil memandang si sia ? 
--> memang tak lah kan, masa bila pulak la ada masa nak letak jari celah gigi. bajet aku takde keje lain leer tu !!






2 ) Sering mengelip mata daripada biasanya ketika bercakap dengansi sia. Tapi harus pastikan dulu itu bukan kerana mata dia jenis yang berkelip.
--> hmmm macam tak je. sebab aku asyik tunduk malu je. masa bila sempat nak kelip mata ?











3 ) Bermain-main dengan rambut ketika dia sedang menatap si dia.
--> tak lagi. macam mana nyee nak main-main rambut. pakai tudung kot .








4 ) Menyentuh pipi atau mengosok dagu dengan lembut sambil termenung kepada si dia.
--> HAHA, ini paling kelakar. macam mana la nak usik-usik. bajet aku suka la tu main pegang-pegang !







daripada eksperimen yang aku buat nie la kan, makna nya aku tak jatuh cinta lagi la kot? kan ? HAHA, aku rasa eksperimen nie tak boleh nak guna pakai laaa.. 




pesanan buat hati,
teruskan usaha . hari-hari jumpa even malu tapi rasa nak jumpa lagi lagi lagi ? haha. parah !



sekian, bye.



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:01 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Sunday, March 18, 2012

Jadi Chef

assalamualaikum , selamat petang guys !


sebenarnya dah takde idea nak update blog. jadi, hari nie datang idea bernas nak update resepi masakan la pulak. first time nie. inilah masterchef Malaysia yang seterusnya !! kihkihkih... *presenting our new masterchef miss melina blaaa blaa blaaa*


cara menyediakan Mushroom Spaghetti 


bahan yang diperlukan sebenarnya simple sangat. korang beli spaghetti, daging kisar, kacang peas eh yang warna hijau tu sekali dengan carrot bentuk dadu tu, cili kering yang dikisar, prego sos with mushroom ,bawang merah dipotong dadu dan daun ketumbar. daun sup boleh jugak. tapi aku suka daun ketumbar  :)



prego sos.. curi from Google.. thank you encik Google !






gambar google je.. tadi takde pon ingat nak buat entry pasal nie..thanks encik Google !



potong bawang jadi bentuk dadu.. kemuadian, ambik kuali lepastu panaskan minyak sedikit.. masukkan bawang yang dah dipotong dalam bentuk dadu tu.. lepas dah bertukar jadi warna keperangan sedikit, masukkan cili kering yang dah dikisar tadi.. aku suka letak cili kering sikit..rasa pedas sikit takde laa rasa baby sangat ye makanannya.. 



nie contoh daging kisar ye.. curi dari google. thanks Google !



bila korang tengok cili kering yang korang masak tu dah masak sikit.. warna dah bertukar jadi gelap sikit,, masukkan daging kisar ye.. tapi make sure la korang tunggu daging tu terlerai dulu.. takkan nak masukkan seketul gulpp dalam kuali kot.. kelass kauu :P



bila dah nampak macam dah lembut sikit daging tu,, masukkan la carrot dengan peas yang dadu-dadu, bulat-bulat tu dalam kuali.. jangan lupa masukkan sos preggy prego dalam kuali okey.. hampir nak siap dah nie.. so harap bersabar ye.. tapi jangan lupa.. rebus dulu sphagetti tu.. nanti kang keras keletung pulak sphagetti tu..


rebus macam auntie nie rebus sphagetti okey.. gambar curi from Google lagi.. thank you !




tutupkan api kuali korang tu bila dah masak.. nak letak garam pon letak la.. sesedap rasa korang. jangan masin sangat nanti kena darah tinggi susah pulak.. so,, korang boleh la hiaskan macam mana bentuk korang nak deko korang punya sphagetti tu okeyy.. disebabkan aku nie masak untuk diri aku je,, aku takde la hias bukan main meletop lagi.. haha !!




tadddaaa... sphagetti pemalas aku.. kihkihkih.. selamat mencuba!!



jumpa lagi...bubbyeee ! :)




gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 6:14 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Thursday, March 15, 2012

Movie Journey 2 The Mysterious Island :/

assalamualaikum.


tengah malam yang sunyi nie memang jadi favourite time untuk update blog ! weeehuuu ! angah awal-awal lagi dah tido. tinggal kan aku kesorangan sambil menonton cerita Hindustan kat TV. ececehh, layan Bollywood ? ehh itu cerita peveret aku masa kecik-kecik dulu tahu ? dah bertukar hormon nie minat semakin menjurus ke arah cerita fiksyen. aku rasa cerita fiksyen nie lagi seronok tengok dari cerita Bollywood yang sikit-sikit nyanyi, tak sampai seminit dah tukar baju bukan main macam-macam. ahh tak minat :P   * kecuali the hero sooo handsome tu harus lah tengok !


title untuk entry kali nie pasal movie. selama nie kalau tak pasal kisah seharian, pasal novel baru beli, novel yang nak kena baca untuk dihabiskan secepat mungkin. so, Journey 2 ialah movie yang aku maksudkan tu. sebenarnya bila stay dekat rumah angah nie barulah berkesempatan nak layan movie bagai, sebab kat rumah ayah mak , diorang tak kasi, melalaikan katanya. haha, so better stay with my sis and watch the movie which i really want to watch while cuti seminggu nie . eh bole? speaking London Bridge pulaksss :P



semalam la nie.. keluar pi KFC, terus pi kedai CD ajak abang ngah.. sebenarnya masa iklan kat tv pasal movie Journey 2 macam best sangat je.. almaklumlah, awal-awal lagi nampak macam fiksyen yang menarik,, itu pasal la aku terkinja-kinja depan Auntie CD nie bukan main nak beli CD tu boleh ? wakakaka.. takde la terkinja-kinja. buat malu jekk.. dah la pakai baju kurung. ada hati nak terkinja-kinja. what a jerk !



nie air Krushers KFC. aku beli perasa Yougurt Blueberry. it tasted YUMMY !!






sebenarnya banyak pilihan lagi.. gambar nie rompak dekat google. thanks encik Google !



selingan je tu. sebenarnya nak cerita pasal Journey 2. hah, cerita nie bila diamati dengan betul segala betul punya. aku rasa sangat membazir sebab beli CD cerita tu. aduhai. memang la haiwan-haiwan dia kira menakutkan jugak la..nampak jugak la real. tapi tak menarik minat langsung. membosankan betul. sampai aku sempat bancuh air laici lagi dekat dapur. datang balik kat ruang tamu siap skip bagai lagi. haha. boleh nampak tak betapa bosannya disitu ? memanglah tak nampak. sebab tadi aku tengok cerita tu sorang-sorang je tiada berteman :))



gambar curik dekat google ! thx encik Google !!
gambar blurr ! sorry :)






tengok la betapa besar gedabak nyaa lebah dia tu. lebah tu la diorang tumpang naik nak panjat ke gunung. eh ? macam lah aku tak tahu korang tak tengok lebah tu, tengok budak pompuan nie kan ? ecececeh :P
gambar curik dekat google. tq !


cerita nie mengisahkan sebuah pulau, pulau nie pelik sikit. mana binatang yang kecik jadi besar. yang mana besar jadi kecik. macam burung dengan lebah tu.. kan asalnya memang kecik. tapi bila kat pulau nie. mak datok punya la besaqq che habaq pi kat hang. aduhai, cakap slanga Kedah la pulakss.. 




boleh bayangkan tak ? dah macam garuda dah aku tengok.. pheeeuhh !



tapi disebabkan cerita nie tak best. aku betul-betul menyesal sebab aku dah membazir. membazir sebab beli CD tak best nie. aduhai.  beginikah nasib ? anggap jelah sedekah ye adik adik.. okeylah. kakak kau nie nak tidur. hehe.. sila offline chat dan off laptop dan tuppp ! tutup lampu !! selamat malam !


*bestnya!! kawan baik nak kahwin !! yeayyy yeayyy !! excited !! ( dah macam aku pulak yang nak kawin kan? okebye! )

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:11 AM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Sunday, March 11, 2012

Penat !

assalamualaikum wbt...


malam yang gelap buat mell rasa tak boleh nak tidur. lampu tidur tertinggal dalam kereta boleh ? since dah masuk dalam rumah, dah kunci gate bagai.. seriously dah takde hati nak keluar balik. lebih baik terus masuk dalam bilik dan tuuup ! switch off the light pleasee :)


tapi malangnya, takmo tertidur juga.. terus rasa nak update blog ! hebat bukan. rasanya today almost 3 entry i made it.. wahhhh... haruslah berbangga dengan diri sendiri. blog tempat meluahkan perasaan yang tengah lara macam mell nie... kan?




mell sebenarnya dah tak larat nak layan karenah manusia yang macam talam dua muka, penat sangat. depan kita bukan main dia layan kita macam kita sangat bermakna dalam hidup dia. tapi at last ? susahlah kalau hanya satu pihak yang hanya memberi. memang tak adil kan ? dan yang paling best tak boleh terima dia kata kita macam-macam.. sampai nya usus hati dia.. tapi takpe.. dah mungkin sejak azali lagi dia memang berperangai macam tu.. so untuk diri kita sendiri, kita patut bersyukur.. kita masih dikurniakan dengan sikap yang tak menjelikkan bila orang tengok kita...



















kadang-kadang memang nak marah sangat bila baca dan tengok sendiri apa yang dia tulis.. kenapa pulak dia boleh expect yang mell nie cantik jealous kan dia? itu ke makanan alasan dia yang paling kukuh ? haihhhh, susah susah.. sebenarnya dia tak boleh cakap macam tu. diri sendiri dia dah sukat betul-betul ke ? ahhh.. malas nak fikir.



untuk dia yang bernama nyah wanita, semua orang akan baking awak bila dengar suara gedik manja awak tu.. tapi maaf.,. let tell the truth, am not that hypocrite. bukan saya yang terlalu manja dengan lelaki. itu bukan saya. saya takkan macam tu.. so pleasee,, bila jumpa saya tu, bermanis la muka sikit.. barulah nampak cantik even tak kan ? ehh terasa ? sorry ! :/


gud night ....

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 1:05 AM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Saturday, March 10, 2012

stop being fool dear !

assalamualaikum wbt...


tiba-tiba dengan perasaan marah yang meluap-luap nie mell gagah kan jugak update blog nie.. sebab mell tahu dia yang mell maksudkan nie akan cari jalan untuk baca jugak...


'maaf akan penggunaan aku buat sahabat readers'   entry nie memang mell khaskan buat dia !


buat dia yang mell sendiri tak tahu apa masalah dia sebenarnya, stop being fool. being stupido. i hate u. u get it ? entah la eh. bukan kau ke yang malas nak cara hal aku. alih-alih aku jumpa sendiri dengan mata kepala aku, eyhh... stop la k.. be profesional. buat pengetahuan kau. aku sikit pon tak jeles pada kau. takde apa pon yang aku nak jeleskan. semua-semua nya aku tahu. luar dalam yang tak sepatutnya aku tahu pon dalam poket aku. so pliss.. tak payah nak stalk aku bagai. dah blok my fb from ur list its okey.. its really make me easier.. dont have to see your face. itu dah cukup bagus. dah buang diri aku. jangan gatal tangan nak cuba-cuba cara aku. berhenti la ye. macam mana lah orang lain nak suka kan kau. fikirlah.


sekian !

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 2:50 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

happy birthday emak !

assalamualaikum wbt ...



selamat pagi guys.. dah breakfirst ke ? mandi ? gosok gigi atau terus on laptop online facebook mungkin ? tak kesah la korang mandi ke tidak. yang penting niat untuk mengupdate blog pada pagi yang hening ni tercapai :)





hari nie merupakan hari jadi emak tercinta. haruslah tercinta. beliau dah bersusah payah lahirkan mell ke dunia yang disulami dengan pelbagai keindahan nie.. terima kasih emak.. terima kasih kerana susah payah emak membesarkan kakak.. kakak nie dah la nakal. degil pulak tu. tapi kakak la yang paling pandai masak kan ? theeeheee :)  smile again !





selamat hari jadi emak ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, di sihatkan tubuh badan, dikurniakan dengan segala kesenangan di dunia dan akhirat... kasih sayang emak tak dapat nak dibandingkan dengan apa-apa yang lain atas dunia Allah nie.. thanks sebab mak tak jemu jaga kakak.. heheh,, kakak sayang emak ! :)


iloveyou mom ! mmuahh mmuahh :')


till then.. bubbye !

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 11:49 AM
Reactions: 
2 budak comell doakan mell sihat

Friday, March 9, 2012

kenapa dengan cara halus

assalamualaikum wbt ...

title entry macam nak cerita mistik-mistik je.. tapi sebenarnya tak.tiba-tiba tergerak hati nak update blog padahal baru je beberapa hari lepas mell dah update blog kan...


tajuk entry kali nie sebenarnya merupakan sambungan daripada entry yang ini , rasa sebenarnya macam nak tulis panjang-panjang sebab banyak sangat yang terjadi. lagipon blog nie sebenarnya mell dah anggap macam diary mell sendiri. sebab masa kecik-kecik dulu nak merasa ada diary tu memang la boleh. tapi baru je tulis isi hati dah kantoi dengan mak.. wakakaka ! malu boleh ? sudahnya langsung mell takde diary.. baru sekarang nie la bila dah  celik IT baru pandai guna blog bagai nie kan... hehe...




okeylah, mell rasa semua orang tahu. semua orang faham.hati wanita nie sebenarnya terlalu lembut. terlalu lemah sangat. sebab tu kadang-kadang wanita akan lebih cepat sensitif daripada lelaki. mana ada mell penah tengok tiba-tiba lelaki tak tentu pasal mengalir kan air mata mahal diorang tu kan ? tapi apa yang mell tahu, perempuan nie boleh tiba-tiba je menangis. tiba-tiba je sedih... haaa ini sebenarnya dah lebih kepada diri mell je.. ekekke..kadang-kadang mell rasa hormon macam tak reti nak stabil-stabil lagi.. walaupon umur dah menjangkau angka 19. eh, ini alasan untuk orang yang tak nak mengaku yang dia tu sebenarnya kaki touching.. HAHA.. mell lerr tu !





ceritanya macam nie.. 'dia' yang aku maksudkan sebenarnya terlalu dekat dengan mell. bahkan kisah lalu mell dengan 'dia' yang mungkin sedang berbahagia nun jauh di sabah sana tak sama dengan situasi yang mell rasa sekarang. perasaan tu lain sangat. tapi sesungguhnya, betul kata orang, kita tak boleh nak bandingkan yang dulu dengan yang sekarang, pasti akan ada perbezaan yang ketara. nanti semua yang baik nampak jahat. yang baik hati nampak kejam. ehh tu apa yang mell rasa lah kan...





tapi mell dapat rasa ada something yang berlaku antara kitorang. kata orang, dengar kata hati itu lebih bagus daripada mendengar kata daripada mulut orang lain. tapi apa yang sedang hati mell bagi tahu hari-hari nie, asyik bagi jawapan yang positif je.. tak tahu la sama ada hati dia pon sama macam apa yang hati mell rasa ke ? ahhhh parahhhh....



tak tahu kenapa. bila mula bercerita tentang dia.. mell jadi malu. kalau boleh nak pinjam cengkerang kura-kura jiran 40 buah rumah dari taman perumahan mell nie.. aduhai dengar dah macam sesak sangat kan ? hmmm.. yang mendengar dah sesak.. yang merasa lagi terasa seksa jiwa tuu... tahu ?



sebenarnya mell suka dia buat baik dengan mell.. tapi rasa macam dia bagi harapan je. alahai.. susah la.. kenapa baik sangat dengan saya awak ? kesian la dekat saya ni haaaa :/


hatiku milik mu ? :')




tapi mell takde la sampai macam nie ye :)


bubbye !!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 9:06 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, March 7, 2012

shopping novels !

assalamualaikum wbt .


hari nie hari rabu. so, hari wordless wednesday lah kan ? tapi disebabkan hari nie macam nak membebel banyak benda dari A sampai Z.. aku tak nak la letak dekat title tu wordless wednesday for today ! :)


back to the mean point ye student. eh ? salah-salah... berbalik semula kepada tajuk utama kita. sila dongakkan sedikit kepala anda untuk mencapai posisi yang sesuai supaya dapat lihat title yang aku telah coretkan tu ? 'ayat aku nie macam skema kan ? bakal cikgu kenalah pronounse BM dengan tatabahasa yang betul okey' :P
( nak pulak aku jadi askar cikgu kan ? okey entry nie kalau kawan-kawan aku baca sure diorang gelak guling-guling dekat aku. lallalaala )


Sabtu baru nie aku ke Putrajaya. pergi rumah kakak kesepuluh sulung aku. tujuan utama nya nak menghantar dia dengan  husband serta anak saudara kesayangan ke KLIA. mereka sekeluarga kena diterbangkan ke Abu Dhabi ataupun UAE sebab husband dia kena kerja sana for a year. so, hari Sabtu tu disebabkan awal lagi. aku pon ajak kakak number dua aku nie pi Alamanda. ehhehe. dalam kepala otak aku yang sangat bergeliga nie dah terfikir MPH, MPH, MPH.. takde benda lain dah yang boleh aku nak fikir. haha. macam lah kat Alamanda tu ada MPH je sebatang kara ye tak ? 'sila kata yes ye'



comel kan penanda buku dia ?







tujuan utama? haruslah nak shopping disana. novel je pon. boleh ? haha. dengan rambang mata. dengan penuh berhati-hati.. maka aku pon pilih la novel yang aku agak mungkin seronok dan feeling untuk dibaca.. cheeewah ! ayat memang tak tahan ye.



novel maid !


novel nie sangat bosan tebal ye. 752 helaian muka surat semuanya. membaca sambil baring boleh menyebabkan kau orang punya tangan dengan tengkuk lenguh tahap tak boleh rasa dah kelenguhan nya tu. sebab berat sangat ! sinopsis dia. aku malas nak ceritakan la.. sebab tak baca lagi. ekekeke... kalau nak tahu boleh pakcik Google je okey :)










novel nie pon best agaknya. tak boleh nak komen.sebab tak baca lagi. plann nak baca next week bercuti kat rumah angah. bosan-bosan boleh baca jugak kan ? :) 
yang ini pon sama. nak sinopsis boleh cari kat pakcik Google eh. mell nie pemalas sikit ! ekekeke...





okeylah.. sampai sini je la eh... sebenarnya masa pi kat KLIA tu pon ada beli novel lagi.. tapi rasanya entry nie dah panjang ke bawah sangat. takut ada yang muntah pulak nanti baca panjang-panjang.. kihkihkih... bajet betul owner nie blog dia macam la ada readers.. haha... 


till then... bubbyee ! :)


gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:57 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Wednesday, February 29, 2012

jatuh cinta ke ?

assalamualaikum wbt .

entah kenapa semenjak dua menjak nie hati aku BERDARAH berbunga-bunga macam dekat taman bunga tu. bila nak pergi kelas rasa seronok. rasa macam ada seseorang yang tengah tunggu aku. aku perasan sendiri ke apa neh ? eh boleh ke ?



flash sangat ye. nampak tak muka dah macam opera ?


sebenarnya ada insiden yang terjadi beberapa hari lepas. dan aku tak sangka nak jadi macam nie. Ya Allah boleh tak bayangkan macam mana eh perasaan aku nie sekarang macam mana ? malu bukan main sangat dah nie.


aku rasa aku jatuh cinta la. tapi yang aku tak faham kenapa aku malu nak pandang muka dia ? aku harap dia tak tahu perasaan aku sekarang. sebab aku rasa bila dia dah tahu. aku lagi lah terasa macam nak pergi buat surgery dekat muka nie. mungkin macam AVATAR Anjelina Jolie mungkin ? dapatlah aku berbibir seksi dan tebal sehingga membazirkan lipstik yang bakal aku pakai.


tapi yang aku tak faham nya kenapa perasaan tu datang sekarang. takkan cinta pandang pertama kot ? alamak kunoo nya la aku nie. tapi kalau tak cinta apasal jantung aku dupp dapp dupp dap macam kena kejar dengan musang Pak Khamis? ( kenapa Pak Khamis ? jawapannya mudah sebab esok kan hari Khamis ) LOL.


pening !


entah la ehh... aku pon tak tahu apasal la perasaan nie boleh timbul dalam sekelip mata. padahal hari sebelum tuh aku takde pulak berangan nak ada pengganti boifrend cepat-cepat. memang masalah yang sudah di tahap kritikal... sengsara lara la jiwa aku lepas nie. aku nie pulak dah macam orang angau. tersenyum sorang-sorang. grrrr !! Ya Allah tolong la buang cepat-cepat perasaan aku nie. sebab aku tahu nanti aku sendiri jugak yang kecewa. lagi satu berangan lebih-lebih sangat pon nanti jerawat mula la gatal nak menetap sekejap atas muka nie. sigh~



sebelum rahsia aku terbongkar, i think i should stop here because he already be one of my friend dekat FB. nanti rahsia terbongkar kan terus aku pergi belakang rumah Jerman buat surgery. bye!

gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:01 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat

Thursday, February 23, 2012

happy birthday ayah !

assalamualaikum wbt...


semalam merupakan hari jadi my beloved dad ! satu-satunya ayah yang aku ada dalam dunia nie. satu-satu nye ayah yang boleh didik aku supaya jadi budak perempuan yang baik tak boleh keluar rumah suka-suka hati. haaaa ayah aku la tu. hebat kan ayah ? boleh jadikan aku budak perempuan yang berdisiplin. tak boleh nak suka-suka gelak kuat-kuat mengalahkan kuda kena geletek pinggang. sebab kata ayah, perempuan kalau gelak macam tu tak nampak manis. lagi satu malu kalau jiran dengar. kan ? betul jugak. sudah nya aku sekarang kalau nak gelak mesti tangan hinggap dekat mulut. hehe :)




entry kali nie rasa nak letak semua gambar masa baby aku boleh ?




dekat baju bukan main ade number. nie bukan number banduan, ni masa masuk petandingan baby tecomel :)
walaupon tak comel kena cool macam comel ye :P


entah kenapa bila orang sebut pasal ayah diorang, aku pon boleh touching sama. terus aku teringat kan ayah aku. boleh ? bila apa-apa yang melibatkan ayah. aku jadi sensitif. air mata aku mudah je mengalir. tapi berbeza pulak dengan emak aku. aku jadi cool sikit. entah kenapa eh. mungkin aku rapat dengan ayah kot. mungkin :)
tapi macam mana pon, aku sayangkan emak ayah aku lebih dari segalanya. emak ayah aku takde blog. kalau ada blog mungkin mereka akan terus peluk baca entry aku nie. hehe =)





bajet sangat la pulak posing tepi highway nak balik kampung kat Perak


mengimbau kembali zaman aku kecik-kecik. ayah la yang paling rajin bawak aku pergi klinik gigi. gigi sakit, gigi berlubang, check gigi tu semua dengan ayah. kau orang pon tahu kan kerusi yang dekat klinik gigi tu amat menakutkan kanak-kanak. gergasi sangat aku rasa masa tu. dan aku tak terkecuali ikut takut sama. ayah la yang pujuk aku supaya tak takut. he sit with me on dat chair. alahai baik kan ? and i sit on him. rasa tenang. tak takut langsung.


jangan kan soal gigi. kuku jari tangan sampai kaki dari kecik sampai aku darjah enam rasa nya. he cut it for me. baik kan ? kadang-kadang aku tak rasa pon yang aku nie manja bukan main dengan ayah. mahupun dengan mak. aku rasa takde pon. sebab aku nie pon bukan nya jenis perempuan manja ke apa. tak langsung okey. aku nie budak perempuan yang ganas. eh kau percaya tak ? ekekeke.



macam nie ganas tak muka ku ?


tapi yang aku tahu, kalau setiap perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas. kita sebagai anak dia mesti rasa terlalu sayang dan rasa diberi perhatian. dats why aku rasa macam sekarang nie. sayang sangat. heh dah macam meluahkan perasaan dekat boyprengg bole ? sila abaikan  -.-"




sebenarnya banyak lagi. tapi aku malas pulak nak taip menaip bukan main panjang lebar mengalahkan buat thesis kan. so , i think i should stop here.

for my dad. thanks ayah. i love youuu so much. and happy birthday. semoga panjang umur dan di murahkan rezeki yang berpanjangan serta sentiasa diberkati di dunia dan akhirat. kakak sayang ayah.


semoga ayah terus sihat dan dapat tengok anak-anak ayah membesar dengan cemerlang!! dan bahagia dengan cucu-cucu yang comell :)



gadis penat membebel :: meileinna.mell surat cinta siap pos pada : 5:05 PM
Reactions: 
0 budak comell doakan mell sihat
 

mellina mell | ingin menempah? just click my name :)